Sentimen Pasaran Antarabangsa

Sentimen Pasaran Antarabangsa
---------------------------------------------------
IRMA namanya sedap, tetapi penangannya mungkin membuat anda tidur tidak lena.
IRMA adalah taufan yang di jangka akan melanda Florida pada esok atau lusa.
Kesan dalam ekonomi?
Kesannya adalah pada GDP suku ke 3 Amerika Syarikat tidak lama lagi.
Sebelum ini abangnya HARVEY melanggar Texas dari Atlantic Ocean membuat sekurangnya 71 kehilangan jiwa. Kesan kerugian ekonomi dari Usd 70 billion hingga Usd 200 billion.
Jika IRMA membawa kerugian ekonomi seperti HARVEY pastinya GDP suku ke 3 Amerika Syarikat terkesan. Melalui 2 bencana alam dalam satu tahun adalah sukar. Kesan selepas berlaku bencana di jangka membawa sehingga 10 tahun. Kasihan juga kepada pemilik rumah yang tidak di lindungi insurans.
Kesannya kepada pasaran saham Malaysia?
Seperti selalu jika bencana alam dunia berlaku, stok-stok yang berkaitan kayu kayan dunia akan mendapat tempias. Harga kayu akan naik atas permintaan untuk membina semula infra. Boleh lah anda usha stok-stok ini. Terutama bila volume besar mulai masuk dan ada pergerakkan harga ke atas. Lagi cantik anda dah buat favorite list stok-stok sektoral sebegini.
Menjadi pembaca dan klien saya selalunya anda berlangkah ke hadapan.
Sebarkan cerita-cerita saham dan pelaburan di FB saya ini untuk rakan FB anda yang lain supaya ilmu pelaburan saham asas ini kita dapat percuma tanpa pergi kelas 4K. ðŸ˜˜
LIKE & SHARE
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang!
Facebook : Jeffry Azizi Jaafar
Kelas PC Saham vol 4:
- Tarikh : 16/9/2017
- Hari : Sabtu
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain

Post original di FB saya 8/9/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL