SYARIKAT SENARAI PN 17 & GN 3

SYARIKAT SENARAI PN 17 & GN 3
-----------------------------------------------
Untuk pengetahuan pasaran saham dan peraturan di Bursa sila baca sampai habis kerana dengan ilmu yang sedikit ini mungkin menyelamatkan modal anda atau dapat mengembangkan modal anda.
Kalau di platform trading Maybank ada tanda ! di belakang nama stok
Apakah itu status PN 17 atau GN 3?
PN 17 bermaksud Practice Note 17
-Syarikat yang tersenarai di Main Board
-Pegangan ekuiti pelabur kurang daripada 25% dari modal isu dan berbayar dan kurang daripada RM 40 juta
GN 3 bermaksud Guidance Note 3
-Syarikat yang tersenarai di Papan ACE
-Pegangan ekuiti pelabur kurang daripada 25% daripada modal isu dan berbayar
-Mengalami kerugian dalam masa satu tahun penuh penyata kewangan dan jumlah itu lebih besar atau sama dengan pegangan ekuiti pelabur dan pegangan ekuiti itu kurang dari 50% dari modal isu dan berbayar
Kriteria lain yang sama untuk keduanya
1. Lebih dari 50% jumlah aset di bawah 'receivership'
2. Anak syarikat yang melebihi 50% dari total aset dalam keadaan 'winding up'
3. 'Adverse' atau 'disclaimer' opinion daripada auditor
4. Auditor merasakan kebimbangan tentang pegangan saham pelabur kurang daripada 50% modal isu dan berbayar
5. Kegagalan membayar pemiutang dan lain-lain stakeholder
Penerangan pendapat auditor:
1. Adverse opinion: Rekod kewangan tidak mengikuti standard praktis yang di tetapkan dan sengaja cuai di rekod
2. Disclaimer opinion: Auditor tidak dapat membuat sebarang pendapat kerana kehilangan dokumen kewangan dan tidak mendapat kerjasama dari pihak pengurusan
Selepas mendapat status ini daripada Bursa Malaysia, apakah tanggungjawab yang patut syarikat di bawah status ini kena buat untuk mengelakkan syarikat di nyah senarai?
PN 17
1. Rancangan untuk mengubah polisi arah perniagaan
- Day 1, First announcement, kena lapor pada Bursa dengan kadar paling segera rancangan mereka seterusnya
- Dalam tempoh 3 bulan kena lapor pada Bursa apakah rancangan 'regularisation'
- Dalam tenpoh 12 bulan kena submit plan kepada SC
- Kemaskini status 'regularisation' dalam basis bulanan dan kena lengkapkan plan tersebut dalam waktu yang di tetapkan oleh SC
GN 3
- Day 1, lapor pada Bursa dengan kadsr segera
- Lantik penaja dalam tempoh 3 bulan
- Hantar plan regularisation pada Bursa dalam tempoh 12 bulan
- Laksanakan plan regularisation dalam tempoh 6 ke 12 bulan selepas mendapat kelulusan Bursa
- Kemaskini status plan regularisation pada basis bulanan
Apakah contoh plan 'regularisation'?
1. Divestment perniagaan bukan teras
2. Suntikan modal baru dari pelabur strategik baru
3. Raih modal baru melalui Right Issue atau Private Placement
4. Menstruktur hutang dengan semua pemiutang
5. Membuat share capital reduction
Senarai syarikat terkini status PN 17 dan GN 3 setakat 30/6/17
PN17
1.ASIA KNIGHT BERHAD
2.BERJAYA MEDIA BERHAD
3.CN ASIA CORPORATION BERHAD
4.EKA NOODLES BERHAD
5.HB GLOBAL LIMITED
6.JAVA BERHAD
7.KINSTEEL BHD
8.KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD
9.LION DIVERSIFIED HOLDINGS BERHAD
10.MAA GROUP BERHAD
11.MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
12.MAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD
13.NAKAMICHI CORPORATION BERHAD
14.PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD
15.PETROL ONE RESOURCES BERHAD
16.STONE MASTER CORPORATION BERHAD
17.TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
18.YFG BERHAD
GN3
1.CYBERTOWERS BERHAD
2.R&A TELECOMMUNICATION GROUP BERHAD
3.WINTONI GROUP BERHAD
Persoalan di sini adakah semua syarikat tersenarai di bawah status ini boleh membawa kerugian pada pelabur? Atau terselit satu dua syarikat yang boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda?
Untuk selamat jangan labur duit pada syarikat di bawah status ini kerana kebanyakkannya mengalami masalah kewangan, namun terselit juga dalam senarai syarikat di atas 'gems' yang boleh melakukan regularisation plan dan buat 'turn around' dengan baik.
Selamat melabur!
'Share & Like' status ini jika anda mendapat manfaat.
Terima kasih!
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang!
Facebook : Jeffry Azizi Jaafar
Seminar Jom Belajar Saham vol 3 :
- Tarikh : 5 Ogos 2017 (8.30 am - 5.00 pm)
- Tempat : Lembah Klang
- Topik pembelajaran :
- Pengenalan kepada pelaburan saham - Apakah itu pelaburan saham?
- Mengenali Bursa Malaysia
- Cara memulakan pelaburan saham
- Objektif, strategi, jangkamasa dan modal melabur
- Strategi pelaburan IPO
- Strategi pelaburan FA - Wizards Analysis
- Strategi pelaburan TA - Swizards Trading System
Layari http://sahamwizards.com/jombelajarsaham/ untuk mendaftar sekarang!
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain

Post original di FB saya 31/7/2017






Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL