Ulasan pasaran, Rabu 28/6/2017



Ulasan pasaran, Rabu 28/6/2017
Assalamualaikum dan salam syawal ke 4.
Tuan puan yang masih mood beraya teruskan, jangan makan banyak sangat nanti tak muat pula seluar. Tugas saya hari ni bermula dengan mengemas kini keadaan pasaran. Yang tak sempat nak tengok monitor tu boleh sahaja follow see first fb saya ni untuk update keadaan pasaran terkini.
Pasaran bersambung hari ni dengan kadar tenang, lembut dan kurang peserta. Kita dapat lihat penyambungan sell off dari Dow Jones dan sektor teknologi dari Nasdaq. Pendapat saya, duduk tepi sekejap dan tunggu peluang seterusnya. Ini masa yang sesuai untuk belajar saham bersama saya dalam masa terdekat ini. Pasaran nampak akan sideways dengan volume rendah.
Kaunter bermomentum tinggi sesi pagi ini dan nampak akan meneruskan kenaikkan;
1. Siggas 0.91
2. Mjperak 0.435
3. Comfort 0.88 
4. Carepls 0.425
5. Pasukgb 0.175
6. Alcom 2.23
7. Mmsv 1.49
8. Astino 1.18
9. Nylex 1.16
10. Jaycorp 1.45
11. Pphb 1.61
12. Superln 2.18
KLCI jatuh -5.54 mata kepada 1773.91.
Volume: 740.958 juta
Value: RM767.383 juta
303 kaunter naik 404 kaunter turun 333 kaunter tidak berubah.
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang
Layari http://sahamwizards.com/ untuk maklumat lanjut
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd

Post original di FB saya 28/6/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL