IPO BARU, APA YANG PERLU ANDA PERTIMBANGKAN?

IPO BARU, APA YANG PERLU ANDA PERTIMBANGKAN?
==========================
Sempena hari ni Isnin, 8/1/17 listing satu kompeni baru Binasat Communication Berhad. Edukasi kita memang awal ni cerita dia. Jom baca....
Stock code: 0195
Stock name: BINACOM
Date listing: 8/1/18
Board: ACE
Sector: Technology
Units: 260M
Issue Price: 0.46
Fair value oleh broker: 0.50 - 0.60
Ia memang menggoda untuk mendapatkan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat berprofil tinggi, seperti zaman IHH, PCHEM, SKPETRO dan lain-lain. Tetapi sejak kebelakangan ini IPO berprofil tinggi semakin tidak di gemari oleh pelabur runcit mahupun pelabur asing (foreign) dek kerana high valuation issue price, shared issue yang besar dan lain-lain. Kita dapat perhatikan contoh terdekat kegagalan LOTTE (2017) MALAKOFF (2015).
Tetapi untuk syarikat yang di listing di papan ACE atau harga tawaran di bawah RM1 nampaknya memang mendapat sambutan pelabur runcit dan memberi pulangan yang cantik kepada pelabur awal.
IPO mana yang anda rasa sesuai di masukkan ke dalam portfolio anda? Ada beberapa perkara mudah untuk anda membuat penilaian.
Siapa Boleh Beli IPO?
Saham IPO pada mulanya dijual kepada kumpulan pelabur tertentu melalui private placement - biasanya institusi besar atau kepada broker - pada harga tawaran tetapi dengan blok yang besar. Kepada pekerja dan rakan niaga (pink form). Kemudian kepada umum (white form), MITI (kalau ada) dan melalui online dengan unit yang terhad.
Setelah semuanya di beli, dalam masa di tetapkan, saham boleh didagangkan di bursa saham oleh orang awam. Dengan kata lain, majoriti pelabur tidak akan dapat membeli IPO pada harga tawaran.
Harga IPO.
Secara umum, harga pembukaan bagi dagangan awam lebih tinggi daripada harga tawaran IPO. Jadi jika anda membeli pada harga pembukaan anda mungkin akan membeli harga yang lebih tinggi daripada harga IPO.
Timing adalah Segalanya.
IPO baru melanda pasaran apabila permintaan bagi stok dalam industri atau sektor tertentu adalah kukuh atau apabila sentimen pasaran cantik dan kemas.
Apabila ini berlaku, anda membeli di sellers market dan bukan buyers market, yang bermakna anda lebih cenderung membayar premium untuk saham tersebut.
Jika syarikat baru itu (IPO) gagal memenuhi harapan pelabur memang kelaut lah harga saham dia.
Buat kajian.
IPO sering melibatkan syarikat baru tanpa banyak data lampau. Kajian yang jitu penting sebelum anda mempertimbangkan pembelian saham tersebut untuk memasuki portfolio anda untuk jangka panjang. Kajian IPO boleh di buat awal melalui prospektus yang ada sebelum ianya di senaraikan. Prospektus ini boleh di dapati di broker sehari selepas ianya di lancarkan biasanya di hotel mewah secara rasmi. Lebih mudah anda bandingkan dengan pesaing mereka yang telah tersenarai di papan Bursa. Apa nak di banding? Data fundamental seperti price over earnings, revenue stream, risk & opportunity dan lain-lain
Namun jika anda mahu membuat trading jangka pendek, skill trading carta tempoh pendek dan volume di perlukan di sini. Indikator lain tak perlu kerana data harga tidak mencukupi.
Anda boleh rujuk posting saya di sini untuk mempelajarinya.
Konsepnya sama sahaja dengan membeduk warrant baru, cuma kalau anda nak lagi cepat boleh kecilkan lagi time frame kepada 15 atau 30 minit. Namun harus di ingat, lebih kecil time frame lebih banyak kepalsuan breakout nya.
Atau anda nak lebih LIVE mempelajari teknik short term trading boleh hadir ke Kelas Strategi Saham saya yang terdekat pada khamis ini 11/1/18. Harga masa saya, saya caj sikit fees xxx, untuk bakal isteri freeee... 😘😘😘
Yang pernah hadir boleh mengulang sampai PRO percuma.
Jika anda berminat boleh hubungi saya melalui wasap 0149927074.
SHARE artikel ini supaya orang awam boleh tahu apa itu IPO, risiko dan pulangannya kepada pelabur serta cara trading jangka pendeknya.
Seperti biasa untuk mempelajari ilmu saham percuma anda boleh scroll back sahaja FB saya ini atau layari jeffryazizijaafar.blogspot.my. Kenapa perlu bayar sampai 3 dan 4 ribu ribu lemon lepas tu balik rumah blurrrr, suami/isteri tanya belajar apa tak tahu nak jawap. Ada yang jawap cari harta karun 😜😜😜
Kann modal tu dah boleh buat beli saham. Tapi duit anda terpulang pada anda. Biasa benda free macam artikel ni memang tak laku sikit... Maap dah melalut. 🙏🙏🙏
Apapun saya doakan semua untung hari ni... yahooo... harap market cun bersambung hari ni... 👍👍👍
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar

Post original di FB saya 8/1/2018



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL