LANGKAH MUDAH MELABUR SAHAM

LANGKAH MUDAH MELABUR SAHAM
===============================
Hari ni edukasi saham kita santai sahaja.
Kepada pelabur baru yang masih segan silu dan tertanya-tanya apa itu Saham, apa itu Bursa Malaysia, apa yang naik dan apa yang turun, hari ni saya kongsikan langkah mudah melabur saham.
1. Buka Akaun CDS (untuk simpan saham elektronik) dan Akaun Trading (untuk beli dan jual saham).
S: Bolehkah ada akaun CDS tetapi tiada akaun trading?
J: Boleh. Tapi tak boleh nak jual lah. Saham boleh dapat daripada transfer of shares dari sesiapa, seperti syarikat, ibu bapa dan lain2. Biasanya buka akaun CDS akan di buka sekali akaun trading.
Yuran standard RM10.60. Namun ada broker yang absorb yuran tersebut seperti broker saya di Maybank. Percuma setakat ni.
2. Beli dan jual saham. (Melakukan transaksi saham)
Part yang ni melibatkan dua perkara penting iaitu;
- Pemilihan Saham
- Timing
i. Jika anda memilih saham yang betul bersama timing yang betul. Hasilnya keuntungan yang berganda lah anda akan dapat.
ii. Jika anda memilih saham yang betul, tetapi timing nya salah, anda akan tak tido lena sekejap pasal harga saham jatuh dulu untuk beberapa ketika sebelum naik semula. Tapi akan naik. Jangan risau.
iii. Jika anda memilih saham yang salah, tetapi timing yang betul. Anda juga akan memperoleh keuntungan cepat. Namun saham yang salah selalunya akan kembali ke pangkal jalan, iaitu harga asal sebelum ianya naik. Jadi jangan lambat jual.
iv. Jika anda memilih saham yang salah, dan timing yang salah. Anda akan menanggung kerugian sehingga 90% apung rugi jika anda tidak berbuat apa2. Sebagai contoh saham-saham minyak dahulu circa 2013-2014.
Saham yang betul maksud saya di sini mempunyai ciri fundamental yang kokoh. Namun untuk trading jangka pendek kita tak berapa lihat perkara ini. Tak apa part jangka pendek tu kita cerita kemudian.
Dalam transaksi saham ini melibatkan sedikit kos yuran belian dan jualan oleh broker. Yalah mereka dah sediakan platform untuk kita berurusniaga kan. Tapi tak mahal.
Saranan saya gunakan platform elektronik dengan membuat belian dan jualan sendiri kerana lebih mudah, boleh buat transaksi di telefon dan yurannya lebih murah.
S: Berbaloikah saya yang baru ini pergi belajar ke kelas saham ribu riban?
J: Ini adalah pendapat peribadi, mungkin ada yang bersetuju dan mungkin tidak, terpulang.
Pada pendapat saya yang baru nak ceburi bidang ini pergilah mendapatkan ilmu percuma dahulu. Banyak info percuma mengenai pelaburan saham sama ada di FB ini, internet, blog, whatsapp, telegram, youtube dan lain-lain. Nak beli buku pun banyak yang murah-murah sekitar RM20 ke RM50. Ramai je remisier yang tawarkan khidmat nasihat percuma. Cuma bukalah akaun dan bertransaksi dengan mereka.
Kalau di FB saya anda boleh scroll ke belakang dan boleh layari blog saya di jeffryazizijaafar.blogspot.my
Sebab apa nak bayar ribu riban sedangkan nak melabur saham hanyalah dengan;
1. Buka akaun
2. Beli dan jual saham
Ya hanya dua perkara ini sahaja.
Cumanya dengan ada ilmu dapatlah beli saham yang baik dengan timing yang betul.
Tapi kalau bayar yuran sampai 2 ke 4 ribu tu anda boleh beli saham dah murahan dan peram... manatau boleh jadi seperti Huaan, Hibiscs dan lain-lain. Contoh seperti saham di bawah:
Dengan RM4000 anda boleh beli secara kasar,
1. Bioosmo - 0.055, unit dapat 72000 units
2. Mtronic - 0.055, unit dapat 72000 units
3. Idmensn - 0.06, unit dapat 66000 units
4. Mqtech - 0.065, unit dapat 61000 units
5. Eah - 0.045, unit dapat 88800 units
6. Nicorp - 0.07, unit dapat 57000 units
7. Anzo - 0.09, unit dapat 44000 units
Maaf, saya bercerita ni pasal banyak juga yang mengadu pergi belajar mahal tapi macam tak faham. Pasal tu saya nasihatkan cari dulu ilmu percuma.
SHARE & LIKE & TAG untuk sedara mara anda kenkawan anda dan sesiapa sahaja mahu ilmu saham menjadi percuma atau lebih murah.
Di FB saya ini ilmu saham ada setiap hari.
Salam sayang hujung minggu dari saya;
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar

Post original di Fb saya 14/1/2018



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL