MARKET DEPTH DALAM STOK

MARKET DEPTH DALAM STOK
==========================
Ada beberapa istilah lain digunakan dalam pasaran kewangan dan dalam pasaran saham biasanya kita akan panggil market depth.
Dalam stok market, kedalaman pasaran yang merujuk kepada kuantiti yang akan dijual vs harga unit adalah saiz order yang mencetuskan perubahan harga pasaran dengan jumlah tertentu. Sekiranya pasaran dengan kedalaman yang tinggi saiz lot yang besar diperlukan untuk menukar harga.
Kedalaman pasaran berkaitan dengan kecairan stok tertentu dan keupayaannya untuk mengekalkan kestabilan paras harga meskipun volume dagangan yang besar.
Stok dengan kedalaman yang rendah akan menunjukkan perubahan mendadak dalam tahap harga sekiranya beli atau jual dalam jumlah yang besar. Sebaliknya, stok tertentu dengan kedalaman yang baik akan mengekalkan kestabilan harga meskipun volume dagangan yang tinggi.
Pada masa yang sama market depth yang rapat dan mempunyai banyak volume akan menawarkan kecairan yang lebih tinggi.
Anda boleh lihat contoh bergambar di bawah di mana market depth yang cantik harganya lebih stabil dan mengikut trend harga. Ini bermaksud jika stok dalam keadaan menaik harga akan menaik dengan kemas. Jika trend dalam keadaan menurun akan turun dengan cantik. Tetapi jika market depth tak cantik seperti kaunter Paragon, anda akan mengalamai masalah kecairan dalam menjual mahupun membeli. Terutama jika order besar. Ini juga di panggil liquidity rendah.
Jadi jika anda ingin menumpukan dagangan jangka pendek pilihlah kaunter yangmempunyai market depth yang cantik, bervolume (untuk membeli banyak). Bahasa lain digunakan adalah spread antara Bid dengan Ask mestilah rapat.
Sekian edukasi kita untuk hari ini. Esok jika panjang usia saya akan menyambung dengan market breadth. Di kala pasar tengah panas ianya juga perlu ambil nafas.
Jangan lupa SHARE artikel ini kerana ianya penting untuk anda mencari stok yang mempunyai market depth yang cantik.
Saya syorkan jika tuan puan ingin mendalami teknik menjana keuntungan jangka pendek dalam pasaran saham hadir ke kelas strategi saham saya yang terdekat pada Sabtu ini 6/1/18.
Hubungi saya di 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham - Sabtu, 6/1/18
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 4/1/2017




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL