VOLUME SPIKES & BLOWOFF HARGA

VOLUME SPIKES & BLOWOFF HARGA
===============================
- Maaf edukasi kita lambat sikit hari ini kerana saya ada kelas mingguan pada hari khamis.
Peningkatan volume yang melampau bersama dengan kenaikan atau kejatuhan yang melampau dalam harga kadang-kadang bertentangan dengan prinsip analisis volume. Contohnya traders umum mengetahui apabila berlaku kenaikkan harga bersama kenaikkan volume, harga stok akan naik lagi tetapi berlaku sebaliknya. Lihat contoh stok di gambar.
Inteprestasi untuk pattern ini:
(Ini juga di gelar Buying Climax)
Peningkatan harga yang mendadak dan volume kenaikan mendadak ini bermakna ke-bullishan telah habis, semua pembeli telah membeli dan tidak ada orang lain nak membeli tetapi hanya tinggal penjual; hasilnya adalah menurun.
Begitu juga sebaliknya. (Selling Climax)
Harga menurun, penurunan disertai dengan volume yang kuat - bermaksud semua orang nak keluar dari stok ini secepat mungkin dan hanya yang tinggal adalah buyers. Ini mungkin petanda Bullish (harga nak melonjak ke atas semula).
Contoh gambar di bawah adalah apa yang berlaku kepada stok super penny yang berlaku kenaikkan pada minggu ini.
Jadi sesiapa yang tersangkut di atas apa yang anda boleh buat? ;
Ada beberapa pilihan di sini kepadabyang tersangkut ada stok Buying Climax:
1. Cut Loss. Terima kerugian. Rehat trade beberapa hari dan cari setup stok lain yang berpotensi.
2. Average down. (Tak di galakkan dan memerlukan modal tambahan)
Beli lagi pada harga bawah untuk mengurakan purata harga belian. Masalah dengan cara ini kita tidak tahu bila mana stok itu mahu naik semula. Mungkin esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. (Modal sangkut)
3. Hold & Hope. Tunggu dan berharap stok itu naik kembali. Kena banyakkan doa dan bersedekah kalau pakai cara ini.
Contoh gambarajah di bawah untuk stok Buying Climax - Price Blowoff
LIKE & SHARE posting ini untuk rujukan anda di masa depan.
P/s; Kelas Strategi Saham saya seterusnya pada Ahad ini, 21/1/18. Kepada yang berminat untuk pelajari trading jangka pendek jemput hadir. Boleh wasap saya untuk mendaftar di 0149927074.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original; di FB saya 18/1/2018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL