BAHVEST 0098 (ACE)

BAHVEST 0098 (ACE)
==================
Apa ke hal kompeni meniaga ternak ikan berpengkalan di Sandakan Sabah ini harga sahamnya telah berganda dari sekitar 0.60 sehingga 1.20 hari ni? Gerakkan harga bermula dari awal Januari 2018 dan masih bergerak aktif sehingga hari ini.
Tambahan pula sedikit unit stok ini di kategorikan dalam sektor teknologi. Agak pelik sedikit.
Selepas melihat kepada prestasi dan potensi syarikat, kaunter sebegini lebih sesuai saya kategorikan dalam trading stok. Dengan rekod kewangan yang mengecewakan dan hanya sekali memberi dividen pada 2007 dan free warrants pada 2017 saya boleh katakan harga pada sekitar 1.20 ni harga sudah matang dan siap di goreng. Harga top sebelum ini pada sekitar 1.40 tahun 2013, 1.25 sekitar 2015, 1.20 sekitar 2016.
Jadinya jika anda masih berminat terhadap kaunter ini ketahuilah anda mungkin berada pada leg-leg terakhir sebelum pembetulan harga berlaku.
Kepada short term trader yang aktif mereka amat menyukai kaunter sebegini kerana pandangan labur mereka singkat dan kaunter begini mempunyai momentum harian yang sedap. Pendek kata hari-hari boleh buat duit. Kena hari tak jadi mereka cut loss dan move on.
Namun untuk membuat dagangan jangka pendek anda perlu ada satu sistem dan disiplin diri yang bagus.
Jom pelajari strategi dagangan jangka pendek di Bursa bersama saya.
Kelas terdekat pada khamis ni, 15/3/8.
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
----------------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di fb saya 13/3/2018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL