Posts

IPO MITI - LOTTE CHEMICAL TITAN

Image
IPO MITI - LOTTE CHEMICAL TITAN Hari ni saya sedang menyiapkan dan memproses permohonan pembiayaan margin financing IPO Lotte Chemical. Kepada pelabur-pelabur di luar sana yang mendapat IPO ini dan ingin membuat pembiayaan margin di Maybank, boleh hubungi saya pada hari ni untuk temujanji pada hari Rabu ini. Saya akan bantu anda memohon pembiayaan ini. Tarikh akhir permohonan dijangka pada Khamis ini, 15 Jun 2017. Inilah antara kelebihan di Maybank Investment Bank. Mudah unt uk membuat pembiayaan financing IPO dan financing saham lain. Hubungi saya di 014-9927074 Post original di FB saya 12/6/2017

Personal Coaching Saham 25

Image
Assalamualaikum dan selamat petang.. Hari Ahad yang cemerlang ni sessi personal coaching masih berjalan seperti biasa.. Jap lagi lepas habis personal coaching kita ke bazar Remdan cari beriyani kambing! Post original di FB saya 11/6/2017

BROKERAGE

Image
Apabila membuat jual-beli saham, yuran brokerage akan dikenakan untuk setiap transaksi tersebut. Anda nak tahu berapa yuran brokerage tersebut? Baca nota edukasi di bawah ini. 1. Brokerage - 2 jenis brokerage iaitu Online (jual-beli melalui online platform - dibuat oleh pelabur sendiri ; dan Offline melalui panggilan telefon - dibuat oleh pihak broker) Transaksi kasar bawah RM100,000 - Untuk Online yurannya adalah 0.42% atau min RM28 dari jumlah kasar transaksi - Untuk Offline yurannya adalah 0.6% atau min RM40 dari jumlah kasar transaksi - Amount ini dikenakan GST 6% Transaksi kasar atas RM100,000 - Untuk Online yurannya 0.21% dari jumlah kasar transaksi - Untuk Offline yurannya 0.3% dari jumlah kasar transaksi 2. Clearing fees - Clearing fees adalah sebanyak 0.03% dari jumlah kasar transaksi - Maksimum amount adalah RM1000 - GST 6% dikenakan untuk fees ini 3. Stamp duty - RM1 untuk setiap RM1000 jumlah kasar transaksi - Maksimum amount adalah RM200 Untuk ilustrasi kiraa

ANALISA KUALITATIF

Image
ANALISA KUALITATIF Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pelabur semua. Pagi ni market cantik betul.. Cuma volume je masih sedikit kurang. Apapun tahniah jika anda dah berjaya buat profit. Pada yang belum berjaya boleh improve lagi skill masing-masing. Stock picking strategies- Analisa Kualitatif Hari ini kita bersambung edukasi bagaimana memilih saham berpotensi. Kali ini saya akan kupas berkenaan tentang Analisa Kualitatif. Tulang belakang kepada mana-mana syarikat yang berjaya adalah pengurusan yang mantap. Pengurusan atasan akan membuat keputusan strategik dan oleh itu menjadi faktor penting menentukan hala tuju syarikat. Untuk menilai kekuatan pengurusan, pelabur hanya boleh menilai dengan 5 soalan mudah seperti di bawah; Who? - Siapa Melakukan penyelidikan, dan mengetahui siapa yang mentadbir syarikat itu seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi dan CIO. Adakah pegurusan atasan mempunyai rekod yang cemerlang dalam tugasan se

Pembukaan akaun CDS

Image
Tengahari nak makan nasi tak boleh sebab puasa. Jadi kita penuhi masa lapang dengan aktiviti pembukaan akaun CDS... Post original di FB saya 8/6/2017

Settlement Saham

Image
Settlement Saham ------------------- Apabila anda membeli saham, anda perlu membuat pembayaran saham tersebut. Ianya digelar 'settlement'. Apa itu settlement dan bagaimanakah prosesnya? Cristiano Ronaldo memasukkan modal ke akaun sahamnya sebanyak RM3000. Beliau kemudiannya membeli saham FRONTKN pada hari Khamis, 2 June 2017 pada harga 29 sen sebanyak 10,000 unit. Jumlah belian saham termasuk yuran pembelian adalah sebanyak RM2933.60. Pihak Bursa Malaysia memberi masa selama 3 hari bekerja selepas hari pembelian kepada para pelabur untuk membuat pembayaran penuh. Kiraan harinya adalah seperti berikut : Khamis 2 Jun - T (transaction day) Jumaat 3 Jun - T1 Sabtu & Ahad, 4 & 5 Jun - tidak termasuk dalam kiraan Isnin 6 Jun - T2 Selasa 7 Jun - T3 Pada hari Selasa 7 Jun, RM2933.60 itu tadi akan ditolak daripada modal sebanyak RM3000.00. Selepas ditolak, modal yang tinggal adalah RM66.40. Jadi begitulah proses settlement saham setiap kali anda membeli saham.

4 langkah mudah bagaimana untuk memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Image
4 langkah mudah bagaimana untuk memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia. 1. Akaun CDS & Trading - Akaun CDS & Trading perlu dibuka supaya pelabur boleh mula membeli & menjual saham - 2 jenis akaun : A) Islamic - Hanya boleh beli saham Syariah sahaja B) Konvensional - Boleh beli semua jenis saham samaada Syariah atau tidak -Syarat membuka akaun : 1. Berumur 18 tahun ke atas 2. Tidak bankrap 3. Warganegara Malaysia. Jika bukan warganegara perlukan salinan pasport & akaun bank Malaysia Fungsi CDS adalah untuk menyimpan saham manakala fungsi akaun Trading adalah untuk membuat jual-beli saham kepada pihak ketiga Yuran proses buka RM10.60 2. Online trading platform - Setelah akaun CDS & Trading siap, pelabur boleh mengaktifkan online trading platform - Fungsinya adalah untuk membuat aktiviti jual-beli saham secara online Kelebihannya : - Menjimatkan masa - Buka platform dan terus membuat jual-beli saham - Brokerage yang rendah - Yuran membuat transaksi onl