ANALISA KUALITATIF

ANALISA KUALITATIF
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pelabur semua. Pagi ni market cantik betul.. Cuma volume je masih sedikit kurang. Apapun tahniah jika anda dah berjaya buat profit. Pada yang belum berjaya boleh improve lagi skill masing-masing.
Stock picking strategies- Analisa Kualitatif
Hari ini kita bersambung edukasi bagaimana memilih saham berpotensi. Kali ini saya akan kupas berkenaan tentang Analisa Kualitatif.
Tulang belakang kepada mana-mana syarikat yang berjaya adalah pengurusan yang mantap. Pengurusan atasan akan membuat keputusan strategik dan oleh itu menjadi faktor penting menentukan hala tuju syarikat. Untuk menilai kekuatan pengurusan, pelabur hanya boleh menilai dengan 5 soalan mudah seperti di bawah;
Who? - Siapa
Melakukan penyelidikan, dan mengetahui siapa yang mentadbir syarikat itu seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi dan CIO. Adakah pegurusan atasan mempunyai rekod yang cemerlang dalam tugasan sepanjang karier mereka.
Where? - Di mana
Dari mana pihak pengurusan atasan bekerja sebelum ini? CEO syarikat yang sedia ada mestilah mempunyai latar belakang industri yang cemerlang. Jika berlaki perubahan pihak atasan harulah kita semak adakah mereka dalam satu industri. Kita tak mahu CEO yang berlatar belakang industri constructions mengepalai syarikat berkenaan plantation.
What? - Apa
Apakah falsafah pengurusan syarikat? Dalam erti kata lain, dalam apa gaya orang-orang ini berhasrat untuk menguruskan syarikat? Pengurus yang bagus akan menggalakkan cara yang terbuka, telus dan fleksibel dalam menjalankan perniagaan.
When? - Bila
Jika syarikat melakukan perniagaan dengan baik, salah satu tindakan pertama yang diambil adalah penyusunan semula pengurusan, dengan mengambil pengurus-pengurus yang mempunyai rekod yang baik dalam karier mereka. Tetapi jika pengurus-pengurus atasan ini terlalu kerap resign dan bertukar, lupakan lah untuk melabur dalam syarikat yang sebegini.
Why? - Mengapa
Faktor terakhir untuk menyiasat mengapa orang-orang ini telah menjadi pengurus. Melihat sejarah pekerjaan pengurus, dan cuba untuk melihat jika sebab-sebab ini adalah jelas. Adakah orang ini mempunyai kualiti yang anda percaya adalah diperlukan untuk membuat seseorang pengurus yang baik untuk syarikat ini? Adakah dia memperoleh kedudukan melalui cara-cara yang boleh dipersoalkan, seperti pelantikan diri selepas mewarisi syarikat? Ataupun melalui lantikan daripada politik?
Kita ambil contoh pengurusan syarikat FGV, adakah mereka yang duduk di atas mempunyai kualiti yang kita kehendaki. Jadi sebelum anda ingin melabur pastikan anda semak dahulu pengurusan atasan melalui 5 soalan di atas.
---------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang
Layari http://sahamwizards.com/ untuk maklumat lanjut
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd

Post original di FB saya 9/6/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL