T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA ------------------------------------------------------------------ Apakah itu T4? T4 merujuk kepada hari ke 5 dalam pembelian stok anda dan anda tidak membuat pembayaran kontrak (settlement) pada T3 lebih tepat lagi pada undang-undang Bursa sebelum pukul 12.30. Selalunya pihak broker akan terus tolak duit kontrak anda dalam akaun trust anda. Jika duit tidak cukup dalam akaun trust anda perlu menambahnya. Ini berlaku pada hari ke 4 pembelian kerana T day adalah hari pembelian. Jadi di sebabkan anda tidak membuat pembayaran, pada hari ke 5 atau T4 ini pihak broker berhak menjual saham anda pada pukul berapa mereka berkehendak dan pada apa harga sekali pun. Kiraan hari ini tidak termasuk pada hari cuti umum termasuk sabtu dan ahad. Jika anda nak bayar stok anda pada T4 ini atas budi bicara broker (patut tak boleh). Namun jangan amalkan perangai ini kerana menyusahkan mereka. Jumlah settlement belian = Value stok + brokerage fee (+gst) + clear...
TREASURY STOCK ------------------------------- Apakah maksud treasury stock? Treasury stock adalah saham syarikat sendiri yang di beli balik (buy back) oleh syarikat tersebut. Setiap pembelian oleh syarikat akan di umumkan di ruangan announcement syarikat tersebut. Apakah sebab syarikat membuat buy back? 1. Untuk memberi/menjual saham kepada staff skim ESOS iaitu Employee Share Option Scheme. 2. Untuk menaikkan kembali harga saham mereka yang mereka rasakan terkurang nilai (undervalued). 3. Mengurangkan pengeluaran dividend dan dalam masa yang sama mengekalkan dividen per share payouts. Ini bermaksud syarikat tidak dapat dividend dari hasil pembelian saham mereka. Mereka juga tidak mempunyai voting right dalam AGM di sebabkan mereka sudah membeli saham mereka. 4. Menggagalkan percubaan ambil alih daripada mana-mana pihak kerana dapat mengecilkan apungan saham di pasaran. 5. Untuk meningkatkan EPS. 6. Untuk memberi cash back pada shareholders. Kesimpulan, Jika an...
CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE ---------------------------------------- Topik edukasi hari ni masih dalam Corporate Exercise. Hari ni pasal bonus issue. Maksud - Bonus issue adalah saham percuma yang diberi kepada pemegang saham. Ia diberi dalam bentuk ordinary share. Sama macam saham induk. Ia percuma dan tidak melibatkan apa-apa bayaran. Ia umpama sebentuk keuntungan kepada anda jika berjaya beli pada harga yang cantik dan sesuai. Ratio - Bonus issue ni ada ratio. Contoh 1 : 3. Bermaksud 3 unit saham layak dapat 1 bonus issue. Jika ada 300 unit saham akan dapat 100 bonus issue. Jadi jumlah terbaru saham anda adalah 400 unit. Beli sebelum Ex-date untuk layak mendapat bonus issue ni. Iaitu sehari sebelum Ex-date. Contoh Ex-date 30 Oktober, beli sebelum atau pada 29 Oktober. Ex-date bermaksud exercise date untuk sesuatu corporat exercise tersebut. Tujuan bonus issue adalah untuk mengembangkan modal perniagaan di samping meningkatkan kecairan (liquidity) harga saham. Harg...
Comments
Post a Comment