QUANTITATIVE ANALYSIS

QUANTITATIVE ANALYSIS
Stock-picking strategies- Quantitative Analysis - Buying the Numbers.
Teknik ini hanya menggunakan angka tanpa perlu melihat apa underlying bisnes sesebuah syarikat. Berbeza dengan fundamental analysis (value, growth, income, GARP, Quality) yang melihat kepada pengurusan perniagaan sebagai teras pemilihan saham, quant analysis hanya fokus kepada number-crunching daripada cash flow, balance sheet dan income statement. Kebanyakkan juga menggunakan setting dari teknikal analisis. Dewasa kini mereka menggunakan software yang sudah di aturkan syarat-syaratnya. Senang cakap mereka menggunakan komputer. Ada data yang di ambil dari segi fundamental. Ada juga data yang di ambil dari segi penggunaan teknikal analisis. Di Bursa stock screening yang popular adalah Jstock dan KLSE screener yang percuma. Ada juga software lain-lain yang berbayar di luar. Namun dalam pemerhatian saya tiada pun software yang boleh memberi kadar keuntungan ratio yang tinggi dalam pemilihan saham. Kebanyakkan nya 50-50 juga. Tetapi jika pasaran dalam mood bullish penggunaan software ini amat memudahkan dalam pemilihan stock kerana menjimatkan masa. Boleh jadi peratus keuntungan meningkat. Jadi dalam hal ini untuk menggunakan quant analisis ataupun software stock picking, kita juga perlu memahami behaviour kaunter yang di highlight oleh software dan tanyakan pada diri kita beberapa soalan;
Antaranya;
1. Adakah stok yang di highlight oleh software ini pernah melakukan pergerakkan swing buy yang melebihi 20-50% sebelum ini.
2. Adakah kaunter ini mencatat keuntungan bagus? Stok rugi peminat dari fund manager kurang gemar nak masuk.
3. Adakah sahamnya ringan? (Shared issue, market cap?) Stok ringan lebih laju pergerakkannya.
4. Berapakah free float public? Jika terlalu banyak saham ini di pegang oleh public bila berlaku kenaikkan sikit habis semua pemegang saham yang tersangkut di atas ini menjual dan menjatuhkan harga semula.
5. Tengok balik sejarah chart stok tersebut, adakah naik hanya sehari dua lepas tu jatuh berhari-hari.
6. Cek balik dengan setting chart anda di komputer adakah sama menunjukkan buy mode juga untuk kaunter tersebut.
Sebelum tuan puan membeli software quant yang mahal-mahal pastikan apa yang tuan puan dapat berbaloi. Maksud di sini apakah winning ratio dalam tempoh sekurang-kurang 6 bulan ke 12 bulan. Kalau boleh minta lah trial dulu dan cuba back test. Nak lagi sedap langgan bila market bullish kerana peratusan win yang tinggi pasti ada. Bila semua dah ok baru langgan dan yang paling penting lepas langgan tuan puan kena ada modal untuk labur.
--------------------------------------------
Adakah anda pelabur baru dalam saham yang masih tertanya-tanya apakah langkah seterusnya untuk melabur? Jika ya, hadirlah ke sessi #PersonalizedCoachingSaham yang saya anjurkan. PM tepi atau WhatsApp 014-9927074 untuk mendaftar sekarang!
Tarikh seterusnya : Selasa, 13 Jun 2017
Masa : 10am - 4pm
Tempat : Kursus Kahwin TTDI, 14-1, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Apa topik yang bakal dipelajari?
- Pengenalan kepada pasaran saham Bursa Malaysia
- Penggunaan trading platform untuk jual-beli saham, membaca pergerakan pasaran, mencari saham berpotensi, mengkaji FA & carta harga sesebuah saham
- Wizards Analysis - step by step mencari saham berpotensi untuk jangka masa sederhana dan panjang
- Swizards Trading System - step by step memilih saham berpotensi untuk jangka masa pendek
Hubungi 014-9927074 untuk mendaftar sekarang!

Post original di FB saya 5/6/2017





Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL