Stock-picking strategy- Saiz Syarikat

Assalamualaikum kawan-kawan Fb dan para pelabur semua. Nampaknya pasaran saham meneruskan lonjakan rebound minggu lepas, seperti yang dijangka.
Hari ni saya nak cerita fasal saiz sesebuah saham. Ia penting untuk menentukan samaada sesebuah saham tersebut 'ringan' atau 'berat'.
SAIZ SYARIKAT
Stock-picking strategy- Saiz Syarikat
Mengambil kira saiz syarikat sebagai salah satu teknik untuk melabur di Bursa Malaysia. Kita boleh mengukur saiz syarikat melalui market capitalization atau melalui revenue. Market Capitalization ialah Harga saham kali dengan shared issue. Saya akan asingkan market cap ini ikut saiz syarikat. Saiz yang berbeza-beza ini akan memberi kesan kepada kenaikkan harga saham.
Mikro Cap - RM100 juta kebawah. Kebanyakkan syarikat dalam kategori ini ialah saham dalam ACE market. Jika saham papan utama duduk dalam kategori ini kebanyakkan nya ialah syarikat rugi yang berharga di bawah RM0.10.
Small Cap - RM100 ke RM500 juta. Syarikat dalam kategori ini kebanyakkan nya ringan dan mempunyai shared issue yang sikit. Jadi pergerakkan harga ke atas dan ke bawah amat mudah. Saya suka mencari syarikat berpotensi dalam kategori ini kerana jika menepati syarat pemilihan syarikat yang betul iaitu Growth, syarikat akan berkembang dan masuk ke dalam kategori mid cap atau large cap. Potensi keuntungan juga tinggi di sini. Stocks dalam kategori ini berkembang 5% ke 300% dalam tempoh masa singkat.
Mid Cap - RM500 juta ke RM2billion
Syarikat dalam kategori ini mempunyai perniagaan yang stabil dan jualan yang konsisten. Ini menyebabkan harga saham duduk dalam jajaran mendatar atau menaik. Jika berlaku kejatuhan harga mestilah kita periksa pengurusan syarikat ataupun jualan. Jika semua nya bagus ini adalah peluang untuk kita beli sewaktu harga membuat pembetulan. Stocks dalam kategori ini bergerak dalam jajaran 5% ke 50% setahun.
Large Cap - RM2billion ke atas. Syarikat dalam kategori ini selalunya dalam kategori income stocks. Jualan yang mendatar dan potensi syarikat berkembang amat sukar di sebabkan faktor persekitaran perniagaan. Dalam bursa Malaysia stocks dalam kategori ini berkembang dalam jajaran 2-5% setahun sahaja.
Boleh juga di sini kita mengambil kira Shared Issued syarikat sebagai petunjuk pergerakkan harga. Pada saya shared issued;
Bawah 500 juta units saham = Ringan
500 juta units ke 1 billion = Sederhana
1 billion units ke atas = Berat
Jika tuan puan perhatikan saham yang shared issued nya 500 juta units ke bawah amat laju pergerakkannya jika momentum buy atau sell nya sampai. Jadi carilah saham-saham untung dalam kategori ini. Boleh buat duit kenkawan!
---------------------------------------------
Tarikh seterusnya :
Selasa, 6 Jun 2017
Masa : 10am - 4pm
Tempat : Kursus Kahwin TTDI, 14-1, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Apa topik yang bakal dipelajari?
- Pengenalan kepada pasaran saham Bursa Malaysia
- Penggunaan trading platform untuk jual-beli saham, membaca pergerakan pasaran, mencari saham berpotensi, mengkaji FA & carta harga sesebuah saham
- Wizards Analysis - step by step mencari saham berpotensi untuk jangka masa sederhana dan panjang
- Swizards Trading System - step by step memilih saham berpotensi untuk jangka masa pendek
Hubungi 014-9927074 untuk mendaftar sekarang!

Post original di FB saya 5/6/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL