BUYING-IN

BUYING-IN
------------------
Apa itu 'buying in'?
Buying in adalah satu jenis bencana bila mana anda terjual lebih stok yang anda ada atau anda tiada stok tersebut namun anda terjual pada market.
Kenapa kesilapan ini terjadi?
1. Apabila stok tersebut membuat exercise consolidation, anda terkejut stok anda semalam 0.10 sen hari ni sudah 0.20 sen, anda tak tahu stok anda sudah di console daripada 20,000 unit kepada 10,000 unit. Jadi anda terjual lah kesemua 20,000 units tersebut. 😂
2. Anda keliru nama stok seakan akan sama contoh anda ada stok ANCOM tetapi anda tekan stok ALCOM. Anda bajet stok anda tiba-tiba jadi 1.74 walhal beli ANCOM 0.74. 😝
3. Anda pikir stok di Bursa boleh buat short selling jadi anda pun short dulu dan berangan nak beli balik kemudian. 😎
Di bawah Bursa settlements rules, sellers sepatutnya ada stok yang di jual pada T+2 dalam CDS. Jika tak cukup atau tiads Bursa Depositories akan beritahu broker stok tak ada dan proses Buying in akan di buat kepada seller ini.
Proses ini berlaku pada pukul 8.30 pagi T+3 dan yang paling bencana pada defaulters ini apabila harga buying in adalah 10 bids di atas harga tutup semalamnya. Jika harga nya 0.155 harga buying in adalah 0.205. Jika harganya 1.10 harga buying in nya 1.20.
Proses buying in ada dua iaitu auto dan manual.
Manual buying in berlaku apabila stok oversold ini pada T 0 dan anda tak sempat nak beli balik pada hari yang sama. Jadi anda beri tahu remisier anda dah terlebih jual dan mereka akan hantar borang buying in pada T+2 dan bukan pada T+3. Bursa akan buat buying in pada 8.30 pagi dan pada T +2, harga nya di ambil pada harga tutup T 1.
Sebab apa orang pilih proses manual ini kerana tidak mahu ketidaktentuan harga esok nya.
Setiap pagi sebelum pukul 8.30 akan ramai Remisiers datang awal untuk tengok list buying in dari Bursa. Jika dalam list tersebut ada stok yang klien mereka ada, remisiers ini akan hubungi klien tersebut untuk cuba menjual stok yang ada pada buying in stok. Proses ini di lakukan siapa cepat dia dapat.
Namun kesilapan oversold boleh selamat jika anda tersedar pada hari yang sama dan boleh beli balik pada hari yang sama. Hubungi remisier untuk membuat pembetulan.
Namun sekarang di platform Maybank jika anda tiada stok tersebut dan mahu jual akan keluar notis amaran bahawa anda tiada stok tersebut. Jika mahu sell juga memang salah anda lah.
Belanja sikit LIKE & SHARE!
Cuba anda taip selamat di ruangan komen di bawah. Nanti ada keluar belon. Hairan saya.
Esok saya ada membuat seminar...
JOM BELAJAR SAHAM
5 OGOS 2017
9.00-5.00
WASAP 0149927074

Post original di FB saya 4/8/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL