INSIDER MOVES DI PLATFORM POWERBROKING MAYBANK

INSIDER MOVES DI PLATFORM POWERBROKING MAYBANK
____________________________________
Ada beberapa cara mudah untuk anda menjejaki pergerakkan insider. Ini kerana maklumat pegangan saham oleh insider ini adalah maklumat awam yang boleh di dapati di media umum dan di trading platform anda.
Insider di sini boleh saya kategorikan sebagai:
1. Pengurusan tertinggi syarikat seperti chairman, ceo, pengarah-pengarah, cfo dan lain-lain.
2. Anak beranak atau adik beradik pemilik syarikat.
3. Pelabur institusi
4. Top 30 shareholders
5. Ahli politik berpengaruh
6. Ahli perniagaan berpengaruh
7. Pemain public figure di Bursa
Apakah significant nya mengikut rentak insider ini?
1. Apabila mereka mula membeli mungkin ada good news yang menanti di hadapan untuk melonjakkan lagi harga stok.
2. Apabila saham mereka mula bertukar tangan sesama mereka mungkin ada deal yang akan di lakukan di masa depan yang akan menaikkan harga.
3. Pelabur institusi mempunyai tempoh masa yang panjang dalam pegangan stok. Jadi mereka tidak menjual stok yang di miliki dalam tempoh pendek. Ini akan mengurangkan penawaran dan kesannya harga saham akan naik dalam tempoh sederhana dan panjang.
4. Apabila mereka mulai menjual saham mereka mungkin mereka dalam proses pengambilan untung dan harga saham akan turun dan penawaran saham menjadi berlebihan.
Ini adalah salah satu cabang analisis yang perlu anda ambil kira. Tetapi tidak semua pergerakkan beli dan jual mereka menjadi. Maksudnya di sini tak semestinya saham yang di beli oleh mereka akan terus naik dan saham yang di jual oleh mereka akan terus turun. Anda perlu membuat analisis lain juga seperti analisis fundamental dan teknikal sebagai penguat keputusan anda.
Bagaimana nak mengetahui pergerakkan mereka ini?
1. Surat khabar financial daily
2. Surat khabar the edge dan focus weekly
3. Website announcement di Bursa Malaysia
4. Announcement stok individu di trading platform anda
Tetapi kalau di trading platfrom powerbroking di Maybank anda boleh tekan kepada Technical Analysis dan skrin akan mengeluarkan carta pergerakkan harga untuk stok tersebut. Di bawah carta tersebut ada simbol 'M'. Pada simbol itu anda boleh alihkan tetikus dan tekan pada simbol 'M'. Maka pada simbol 'M' itu akan keluar info berkenaan pergerakkan insider dan lain-lain info yang akan membantu anda membuat keputusan belian atau jualan.
Tidakkah perkara ini bakal mempercepat dan memudahkan anda?
Dalam contoh gambar di bawah study case:
SERBADK 5279
Jika di lihat Serba Dinamik adalah dalam sektor Oil & Gas di mana sektor nya masih lagi hambar di sebabkan harga minyak yang turun. Namun harga saham Serba Dinamik menaik dari level low 1.51 (Feb 2017) kepada high 3.25 (Dec 2017).
Kalau di lihat dari pegangan saham di dalam syarikat, saham Serba Dinamik telah di di miliki sebahagian besar oleh pelabur institusi seperti KWSP dan KWAP. Terdapat siri insider movement pada sekitar harga RM2.00 ke RM2.30. Pertukaran dan penjualan saham dari pihak pengurusan kepada pelabur institusi. Kesan daripada penawaran saham yang makin sedikit di apung (public float) menyebabkan harga saham terus menaik.
Cuba anda cari saham lain yang pelabur institusi sedang mengumpul.
LIKE & SHARE artikel ini untuk rujukan anda di masa hadapan.
Bersama saya semua strategi saham yang saya ketahui akan saya siarkan di sini percuma setiap hari waktu trading. Stay tune, ajak kawan-kawan, sedara mara Follow dan See First FB ini.
Anda baca strategi, teknik, artikel dan pelbagai info di sini dulu sebelum ke kelas ribu riban... Nanti anda akan berbisik, sama je macam kat wall Remisier Jeffry yang percuma tu. Hehee
Mengapa perlu bayar lebih...
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
Jika anda ingin memperhalusi strategi dan teknik berdagang di Bursa boleh hubungi saya di talian 0149927074. Pasti berbaloi.
Seterusnya pada:
1. Khamis 7/12/17
2. Sabtu 9/12/17
0149927074
0149927074

Post original di FB saya 5/12/2017










Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL