PASARAN ANTARABANGSA

PASARAN ANTARABANGSA
----------------------------------------
Kepada pemilik syarikat awam yang di senaraikan di Bursa Malaysia, jika anda ingin stok anda di goreng atau limit up boleh pertimbangkan tukar nama atau selit perkataan "Blockchain" di nama syarikat anda.
Itulah yang berlaku kepada stok PLC On-Line (UK: ONL) yang tersenarai di UK, Jumaat lalu, stok itu melonjak 173% kepada 47 pence-. Ini di sebabkan tindak balas syarikat yang mengumumkan rancangan untuk menukar namanya kepada On- Line Blockchain PLC pada mesyuarat agung tahunannya yang akan datang. Haha... sedap kan...
Dalam kes HIVE Blockchain yang berpangkalan di Kanada, syarikat itu pada bulan September lepas telah take over satu syarikat awam yang tersenarai di Bursa di sana. Dalam kes ini, Hive membeli sebuah syarikat shell yang dahulunya terikat dengan bisnes emas. Kini, ia adalah port mining untuk bitcoin.
Hive berjaya dapat modal $ 7 juta pada bulan Oktober melalui private placement sebanyak 4.66 juta saham pada C $ 1.50 setiap satu.
Stok syarikat itu diperdagangkan sekitar 14 sen Kanada hingga Mei ketika ia mula naik.
Pada masa Hive selesai membuat reverse take over, ia bernilai 75 sen Kanada.
Sehingga semalam, ia didagangkan pada C $ 5.37, melonjak 3,700% hanya 2 bulan... sangat kemas dan padu. Memang betul2 skim cepat kaya... haha
Jadi kenkawan, kalau ada stok baru tukar nama atau ada terselit perkataan blockchain kita F1 terus.
(F1 ni dulu zaman pakai BFE (winscore) adalah buy button kenkawan, F4 pulak jual...) kalau remisier anda tak merasa tekan F1 & F4 ni mungkin dia tak dapat merasa kemeriahan dan kesengsaraan zaman itu. ðŸ˜‚😂😂
JEFFRY AZIZI JAAFAR
0149927074

Post original di FB saya 3/11/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL