PASARAN ANTARABANGSA

PASARAN ANTARABANGSA
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
KETIDAKSELARIAN DOW JONES INDEX (DJI) & BURSA MALAYSIA (BM) DARI SUDUT PANDANG MAKROEKONOMI - PERSONAL
----------------------------------------------------------------
Artikel kali ini dalam bentuk sudut pandangan peribadi di tulis berdasarkan maklumat dan data awam yang di perolehi di internet. Sebarang strategi juga adalah dari sudut pandang saya. Jika anda terjadi jutawan dengan menggunakan strategi di bawah sila PM saya payung apa yang patut. Haha.👌
Kepada yang follow saya dari awal tahun, dalam artikel saya yang lepas-lepas saya menjangkakan indeks BM akan menuju ke paras 1800 dan akan melepasi angka itu setelah melihat kejayaan President Trump memenangi piliharan raya Amerika Syarikat.
Jangkaan saya itu juga di dorong oleh kenaikkan DJI melepasi paras 20,000 mata pada Januari 2017 dan seterusnya pada bulan Oktober ini melepasi paras 23,000 mata. Tetapi kenaikkan DJI tidak mendorong BM untuk melepasi paras 1800 mata walaupun pernah mencapai paras 1793 pada bulan September 2017. Malah selepas membuat ketinggian itu BM terus menurun sehingga ke paras 1733. Ketidakselarian ini mendorong saya untuk mencari sebab mengapa perkara ini berlaku dari sudut pandang yang berbeza. Tidak melalui carta atau data dari BM.
Setakat artikel ini di tulis DJI telah naik sekitar 29% dan BM hanya 4.6% dari awal tahun.
Pertama saya mencari punca kenaikkan DJI ini. Apa yang saya nampak ialah;
1. Pihak pentadbiran Trump telah mencadangkan potongan cukai korporat dari 35% kepada 20%.
2. Mereka juga mencadangkan untuk membawa pulang dana sekitar USD 2.6 trillion tunai yang di simpan di bank offshore dengan kadar yang lebih murah.
Kedua perkara ini telah membawa stimulant yang belum pasti ke dalam pasaran modal. Ini hanya cadangan dan belum di luluskan oleh congress. Seperti biasa dalam pasaran modal pelabur akan "pricing in the effect" oleh cadangan ini jika ianya menjadi kenyataan indeks dan stok-stok sudah pun mengambil kira kedua perkara ini. Oleh sebab itu stok-stok di pasaran modal Amerika telah mengalami 'bull run' yang panjang sepanjang tahun ini.
Perkara ini tidak berlaku di BM. Nampaknya pelabur besar di BM lebih bijak saya kira kerana masih ragu-ragu dengan cadangan pentadbiran Trump ini kerana 'bull run' yang berlaku di DJI tidak turut serta di BM.
PANDANGAN SAYA ;
1. JIKA KEDUA PERKARA DI ATAS DI LULUSKAN OLEH CONGRESS;
maka DJI telah berada di paras yang betul dan mungkin ada sedikit lagi 'upside' sekitar 5 ke 10% lagi.
Strategi:
1. Buy antara 30 komponen KLCI
2. ETF 30 KLCI
3. Unit trust besandarkan dana komponen KLCI
4. Stok berkaitan GLC
5. Long DJI & major index
6. Long FKLI
7. Kurangkan exposure kepada penny stok
8. Fokus terus kepada stok dalam sektor teknologi
9. Short USD kepada any major pair
Tempoh masa: Sebulan ke 6 bulan.
Target: 10% to 30%
JIKA KEDUA CADANGAN DI ATAS GAGAL MENDAPAT KELULUSAN DARI REPUBLICAN;
maka DJI akan berlaku penurunan yang agak kuat pada pandangan peribadi saya. Ia adalah penurunan yang significant pada tahun ini. Mungkin tidak trigger kepada 'bear market' iaitu benchmark nya 20%. Tetapi dalam sekitar 10-15%. Perkara ini juga akan memberi tempias kepada S&P dan juga Nasdaq komponen stok.
Namun ada yang lebih besar dari itu, kejatuhan ini juga mendorong pelabur besar ingin menyelamatkan modal masing-masing dengan kadar siapa yang paling cepat keluar. Jika berlaku overreaction dan pasaran menurun melebihi paras 20% iaitu memasuki fasa 'bear market', pelabur dan media akan mencari 'catalyst' baru kepada kejatuhan ini. Takkan hanya sebab 'tax reform' boleh membuat pasaran jatuh. Jadi mereka akan mengorek segala data yang ada. Ternyata selepas saya membuat selidikan mereka akan menyalahkan ketidakseimbangan ekonomi oleh negara maju. Ini akan menyebabkan next 'Financial Crisis'.
Data apakah yang akan mereka ambil?
Pada pendapat saya ialah;
1. Debt to GDP ratio
2. Income to GDP
Negara maju seperti Amerika, Japan, Singapore dan kebanyakkan negara di Eropah mempunyai Debt to GDP ratio yang tinggi iaitu melebihi dari 100%. Rujuk gambar di bawah. Anda boleh semak di internet. Puncanya pace mereka memacu kemajuan negara terlalu cepat tidak seimbang dengan pendapatan kepada GDP.
Jadi ini akan menyebabkan indeks pasaran modal jatuh lagi.
Nak tambah lagi perasa berlaku pula regional war antara Japan + South Korea + US dengan North Korea.
Jadi, jika perkara kedua ini berlaku, adakah terkesan kepada BM?
Ya, ada. BM juga akan jatuh namun pada kadaran yang lebih perlahan dari indeks mereka.
Strategi:
1. Short komponen DJI
2. Short DJI & othe major index such as Nikkei, DAX, STI dan lain-lain
3. Long JPY to any major pair
4. Short USD
5. Long gold, oil & other precious metal
6. Short FKLI
7. Ready to buy komponen KLCI after 10% drop or more from event take place.
8. Ready to buy any stok yang mempunyai high beta dengan KLCi juga
9. Ready cash untuk sauk mana stok fundamental lain yang drop
Time frame: sebulan ke 9 bulan dari event take place
Target profit: 10% to 50%
Di Malaysia debt to gdp ratio agak terkawal iaitu dalam sekitar 50%+ sahaja mengikut data. Walaupun income to GDP agak stagnant dan naik sedikit selepas pelarasan GST 6%, negara kita adalah negara yang stabil dari segi pasaran modal. Saya menjangkakan modal dari pasaran luar akan memasuki BM dan indeks BM akan cepat pulih jika berlaku 'bear market'. Mungkin dalam sekitar 6 ke 9 bulan. Jadi kejatuhan yang berlaku adalah peluang keemasan kepada para pelabur untuk membina kekayaan baru.
Saya memetik peribahasa Cina yang popular,
"The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now.”
Jadi saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersedia membuka akaun CDS saham bersama saya untuk saya guide dan meraih keuntungan apabila terjadinya KRISIS atau terjadinya THE FINAL BULL RUN dalam masa terdekat ini. Kepada klien saya, saya akan petik kaunter yang lebih spesifik untuk di labur dalam grup.
Janganlah gusar jika terjadinya krisis, kaunter penny di BM tetap beraksi seperti biasa. Untuk trade di kala krisis teknik intraday adalah paling sesuai kerana risk exposure anda hanyalah untuk hari tu sahaja. Tetapi jika anda punyai dana lebihan untuk pick up stok lagi baik. Di sini boleh hadir ke PC saham saya dan saya akan ajarkan teknik-teknik tersebut sampai pandai.
Artikel di atas akan memberi idea kepada anda jika salah satu andaian saya betul dan saya harap anda semua peroleh keuntungan yang berganda-ganda di pasaran saham.
LIKE & SHARE artikel ini untuk rekod anda di dinding anda sebelum pelabur sophisticated saya membeli artikel ini. Kebanyakkan mereka ingin cerita lebih details lagi.
Ya, saya berbadan kecik dan orang Melayu berkulit sawo matang, namun pemikiran saya dalam pasaran banyak kali juga mendahului orang kulit putih macam mat salleh... hahaha...
Terima kasih famili, MRSM, UiTM, TA sec, MIB, Pribumi, MATA, klien dan rakan-rakan yang menyokong perjuangan saya memandaikan bangsa dalam bidang pelaburan.
Anda mungkin Jutawan seterusnya jika krisis atau final bull run berlaku.
Jangan takut akan risiko jika anda sudah tahu mengendalikannya.
Apa yang patut anda lakukan sekarang;
1. Buka akaun CDS dengan saya
2. Hadir ke personal coaching saham bersama saya.
Hubungi 0149927074,
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank, Bangsar.
LIKE & SHARE ARTIKEL INI.
Carpe Diem. Carpe Diem. Carpe Diem.

Post original di FB saya 31/10/2017







Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL