RIDING STOK BERMOMENTUM UNTUK SEBAT PROFIT LEBIH 100%

RIDING STOK BERMOMENTUM UNTUK SEBAT PROFIT LEBIH 100%
--------------------------------
Stok bermomentum adalah stok dengan pulangan yang berlipat kali ganda sejak tiga hingga 12 bulan yang lalu.
Pelabur jenis ini mencari saham dengan potensi untuk menggandakan modal dalam masa beberapa bulan sahaja.
Kiranya ni jenis mid term punya investors, ya cakap memang senang tapi nak buat memang payah kenkawan.
Tapi saya kongsikan sedikit pengalaman saya perhati stok jenis ini.
Pelabur ini umumnya memegang saham selama beberapa bulan dan memantau pegangan mereka setiap hari. Mereka cenderung menjual stok mereka selepas beberapa bulan dengan keuntungan atas 100%.
Terdapat banyak stok di pasaran yang harganya menghasilkan pulangan 100% hingga 300% dalam masa kurang dari setahun atau beberapa bulan. Lihatlah aksi-aksi stok penny tahun ni, memang menggoda!
Walaubagaimanapun bagi pelabur yang baru, strategi momentum ni boleh menjadi pengalaman yang mengecewakan dan memenatkan kerana untuk mencari saham jenis ini boleh membuat rambut anda gugur dan hilang sinarnya... Wakaka
Berikut adalah beberapa cara untuk mengesan stok momentum kawliao;
1. Kekuatan relatif stok berbanding dengan keseluruhan pasaran sepanjang jangka masa tertentu. Cari saham yang telah outperform sekurang-kurangnya 90% daripada semua stok sepanjang 12 bulan yang lalu. Sebab apa 90%? Sebab selalunya kat Bursa stok yang buat homerun rally ni tak sampai pun 10%.
Apabila indeks KLCI menurun, stok momentum padu ini mempamerkan kekuatan dengan kestabilan harga atau jatuhnya sedikit sahaja bahkan pula ada yang menaik. Lagi melampau mereka membuat new high atau 52 weeks high.
Apabila indeks KLCI rally atau lebih spesifik indeks sektor mereka rally, stok ini biasanya menjadi pemimpin agung membuat new high dengan volume luar biasa padu.
2. Growth EPS (earning per share)/pertumbuhan perolehan sesaham.
Sekurang-kurangnya pertumbuhan EPS tahun ke tahun sebanyak 10% diperlukan untuk menjadikan stok ini di buru oleh pelabur bijak yang akan hold.
Saham dengan kadar pertumbuhan EPS yang lebih pantas berbanding suku sebelumnya juga kena di perhati.
3. Analyst report.
Untuk stok rally yang boleh bertahan teguh kita perlukan report analyst yang positif. Kalau boleh 3 broker kasi coverage Target Price upside yang kaw. Baru lah pelabur setiap broker masuk dan henjut. Paling penting forecast dan analisis mereka tentang pendapatan syarikat. Pelabur wajib melihat sama ada pendapatan yang dilaporkan melebihi ramalan penganalisis berbanding suku terakhir. Jika melebihi, itu memang cantik.
4. Sila jauhi syarikat yang buat right issue atau yang mempunyai gearing tinggi. Ini kerana perkara ini akan mengurangkan growth EPS. Cari syarikat yang mempunyai ROE yang positif sekitar 15% setahun.
5. Harga saham dan volume trading stok paling penting. Ini dari sudut teknikal dan price action.
Pelabur momentum mencari stok yang mempunyai jumlah volume yang tinggi, jika jumlah volume yang rendah menunjukkan kekurangan peminat. Pada amnya, pelabur momentum mencari stok dengan jumlah minimum sejuta saham atau sekurang-kurangnya melihat kenaikan volume melebihi jumlah purata harian mereka apabila nilai saham meningkat (ini untuk stok yang share issue sikit).
Tips teknikal simple: Buka WEEKLY chart, cari stok yang kasi sebatang white/green candle atau bozu bar dengan volume sebatang spike. Kemudian buatlah analisis fundamental, teknikal dan sentimen. Mulakan dengan sektoral indeks. Boleh ikut cara seperti di atas.
Saya sertakan beberapa contoh stok di bawah yang akan membuatkan perkataan 'KALAU' keluar dari mulut anda. Stok di bawah bercampur, ada yang memang bagus fundamental ada yang kelaut. Anda analisis dan nilai kenapa harganya mencanak.
Contohnya: Kalau lah aku masuk stok ni pada harga sekian sekian... Hmmm... Hehee
Tips di atas sekadar perkongsian, anda di sarankan mengubah mengikut selera anda dan cara anda. Ini kerana dalam stok trading, kita tidak akan sama. Risk, reward, emotion dan disiplin memang berbeza.
Sekarng ni anda dah boleh mula menyimpan senarai potensi momentum stok dan pantau prestasi mereka di pasaran.
Anda akan dapat melihat saham-saham yang membuat pulangan 100% hingga 300% dalam tempoh kurang dari setahun atau bahkan dalam beberapa bulan.
Semoga dengan posting ini di harap membantu dan saya doakan anda mendapat riding stok yang beri pulangan lebih 100% dalam masa yang singkat.
LIKE & SHARE posting ini untuk manfaat bersama
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier bertauliah, Maybank Investment Bank, Bangsar.
---------------------------------------------------
Perkhidmatan saya:
1. Pembukaan akaun saham di Bursa Malaysia
2. Coaching saham
3. Khidmat nasihat pelaburan percuma

Post original di FB saya 13/11/2017








Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL