TRADING STRATEGI: DOUBLE BOTTOM CHART PATTERN

TRADING STRATEGI: DOUBLE BOTTOM CHART PATTERN

Pattern ini adalah Bullish Reversal chart pattern dan apabila pattern ini muncul pada downtrend ianya adalah salah satu signal potensi harga akan naik ke atas semula.
Rujuk gambar di bawah tentang pattern ini;
Bagaimana untuk trade pattern ini?
1. Masuk trade pada breakout neckline.
Kebanyakkan traders apabila mereka melihat pattern ini terbentuk dan harga pada neckline itu di uji beberapa kali, mereka akan bersedia untuk masuk pada breakout seterusnya apabila harga melebihi neckline.
2. Tunggu sehingga harga turun balik ke paras neckline selepas berlakunya breakout di neckline. Ada juga grup traders yang enter trade selepas berlakunya breakout dan harga turun semula ke paras neckline yang kini menjadi paras sokongan.
3. Beli pada bottom yang kedua. Trade gaya begini anda mempunyai peluang untuk ride harga terus ke uptrend dan mempunyai risiko yang rendah. Namun kelemahannya jika tiada buyers lain ikut harga akan terus jadi sideways dan pattern double bottom tidak terbentuk. Di sinilah kepentingan candlestick bullish reversal pattern memainkan peranan.
Untuk level profit target:
1. Jika anda membeli pada bottom kedua, anda boleh gunakan neckline sebagai level profit target, atau apa jua harga tertinggi sebelum itu.
2. Jika anda membeli pada breakout neckline, gunakan jarak antara bottom kepada neckline untuk ambil untung. Rujuk gambar di bawah.
Untuk stop loss anda boleh exit entry apabila harga jatuh breakdown pada low bottoom yang pertama. Pattern ini adalah salah satu pattern low risk high reward kerana kita ambil position dari bawah. Namun jika keadaan sentimen pasaran yang suam-suam sebegini lonjakan ke atas mengambil masa kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati.
LIKE & SHARE chart pattern ini untuk kegunaan anda di masa hadapan.
Bersama saya edukasi saham berterusan percuma di wall ini waktu trading day. Jom ajak kawan2 belajar saham di sini.
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
-----------------------------------------------------------------------
P/s: Kelas strategi saham seterusnya ialah esok. Sesiapa yang berkelapangan dan ingin menajamkan skill pelaburan anda jemput datang. Hubungi 0149927074 untuk pendaftaran.

Post original di FB saya 8/12/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL