MARKET REVIEW MINGGU KE-3, 2018

MARKET REVIEW MINGGU KE-3, 2018
===============================
Kelihatan pasaran Bursa minggu ini begitu lesu dengan kadar pengambilan untung atau pembetulan pasaran yang berturut-turut sehinggakan kebanyakkan traders seperti hilang arah tujuan.
Walaupun kebanyakkan indeks penunjuk arah pasaran dunia dan serantau menunjukkan reaksi positif namun Bursa Malaysia beraksi sebaliknya.
Paling terkesan kaunter dalam sektor Oil n Gas related yang mengalami kejatuhan yang tajam. Harga minyak dunia (Brent) yang bermain sekitar 68-70 usd seperti nampaknya tidak membantu untuk melonjak harga kaunter-kaunter minyak.
Sepanjang minggu ini Foreign Fund masih lagi menjadi Net Buyer, dan pelabur lokal Institutional masih menjadi net seller.
Dalam kejatuhan minggu ini kebanyakkan stok Oil n Gas related seperti sudah Oversold dan menunggu masa untuk rebound kembali ke atas. Semalam seperti sudah berlaku Selling Climax iaitu pengakhiran sellers dan stok seakan menunggu New Buyers untuk melonjakkan harga kembali ke atas.
Di bawah saya senaraikan beberapa stok Oil n Gas related yang nampaknya kalau berlaku rebound boleh bergerak pantas dalam jajaran 5-10 % dan ke atas dari harga semalam. Namun harus di ingat carilah Risk & Reward Ratio yang sesuai untuk anda enter.
Berdasarkan harga tutup Khamis, 19/1/18.
(Semua Sharia stok)
1. Sapnrg 0.76
2. Hibiscs 1.03
3. Umwog 0.345
4. Dnex 0.475
5. Umwog Wa 0.17
6. Knm 0.25
7. Dnex Wd 0.195
8. Reach 0.425
9. Perdana 0.455
10. Eatech 0.405
Sekadar cadangan mungkin anda boleh rancang trading anda seperti begini dari harga anda enter position;
Risk/Reward 1:5 ; 2% (stop) 10% (target)
Risk/Reward 1:5 ; 3% (stop) 15% (target)
Risk/Reward 1:4 ; 5% (stop) 20% (target)
Risk/Reward 1:4 ; 2% (stop) 8% (target)
Risk/Reward 1:4 ; 3% (stop) 12% (target)
Risk/Reward 1:3 ; 3% (stop) 9% (target)
Risk/Reward 1:3 ; 5% (stop) 15% (target)
Risk/Reward 1:3 ; 6% (stop) 18% (target)
Risk/Reward 1:2 ; 5% (stop) 10% (target)
Risk/Reward 1:2 ; 7% (stop) 14% (target)
Ataupun jaga risk dan asal untung cabut.
Ini hanyalah contoh sahaja, anda berkira-kiralah berapa risiko dan ganjaran yang sanggup anda terima.
Semoga dengan perkongsian saya ini bermanfaat. Contoh si atas bukan sahaja kepada stok Oil n Gas related. Boleh di guna pakai kepada lain-lain stok yang mengalami pembetulan harga ke bawah.
LIKE & SHARE posting ini, semoga dengan perkongsian saya ini banyak traders mendapat idea bagaimana untuk mengambil peluang atas pasaran Oversold.
P/s; Kelas Strategi Saham saya yang terdekat pada Ahad, 21/1/18. Kepada para traders yang ingin menajamkan skill short term trading di jemput hadir.
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 19/1/2018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL