Kesan Pilihanraya ke atas Indeks KLCI

Kesan Pilihanraya ke atas Indeks KLCI
--------------------------------------------------------------
(INDEKS - Komponen 30 stok sahaja, penny stok dan lain-lain bervariasi resultnya)
Dalam tempoh 8 pilihan raya umum lepas di Malaysia, saham umumnya berada dalam rentak positif sebelum dan selepas pilihan raya dalam setahun, dengan pengecualian pada "30 hari sebelum pilihan raya" menunjukkan purata pulangan negatif, secara purata.
Walaupun rata-rata saham telah menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas pilihan raya, adalah penting untuk diperhatikan bahawa variasi ini boleh berubah. Namun daripada data yang lampau pulangan selepas PRU lebih baik dari sebelum PRU.
Nampaknya rally yang lebih padu adalah selepas pilihan raya gayanya.
Berdasarkan data juga, kenaikkan positif berlaku selepas BN menang PRU kecuali pada tahun 2008 (variasi kemenangan majoriti dan krisis subprime US)
Seperkara lagi adalah teori bahawa pasaran cenderung menjadi tidak menentu sebulan sebelum PRU.
Teori di sebalik kepercayaan ini adalah kemungkinan bahawa akan ada perubahan dalam kerajaan dan dasar-dasar ekonomi telah menyumbang kepada ketidakpastian.
Jika mengikut data volatility, peserta pasaran sebenar menolak tanggapan bahawa pilihan raya akan sentiasa membawa ketidaktentuan. Mereka berdagang seperti biasa mengikut sentimen dan analisis masing-masing.
Tumpukan Pada Asas Fundamental
----------------------------------------------------------
Memandangkan terdapat sedikit implikasi yang boleh kita ambil dalam kes kesan pilihan raya ke atas ekuiti di Malaysia, para pelabur boleh mengambil langkah selamat dengan memberi tumpuan kepada stok yang mempunyai data bisnes dan kewangan yang bagus. Apa-apa kejatuhan harga dalam stok kategori ini adalah peluang jangka sederhana kepada pelabur.
(Grafik dan artikel di ambil dari website fundsupermart - original author Yeap Kar Chun, di olah dan di ringkas oleh saya)
LIKE & SHARE jika artikel ini memberi manfaat pada anda
P/s; Kelas Strategi Saham jangka pendek seterusnya pada Sabtu, 24/2/18. Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
---------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 21/2/2018



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL