Posts

Showing posts with the label Belajar saham

DI MANA ADA DUIT PANTAS DI BURSA?

Image
DI MANA ADA DUIT PANTAS DI BURSA? ================================ Walaupun sudah dinihari pastinya ada sesuatu untuk anda dalam pembelajaran percuma di wall FB saya ini untuk anda. Peserta pasaran di Bursa akan bergerak pantas di mana adanya tarikan menarik pergerakkan harga ke atas atau ke bawah. Ok, mahu buat untung di Bursa kita hanya berpeluang membuat untunng melalui aliran beli rendah dan jual tinggi ataupun beli tinggi dan jual tinggi lagi. Sebagai pelabur runcit kita tak boleh membuat short selling. Jadinya, pertama anda perlu berada di mana sektor pesertanya ramai. Ini adalah rutin harian saya pada hari pertama trading setiap minggu. Di mana ada ramai peserta di situ ada peluang. Untuk minggu ini untuk pasaran seperti beralih kepada sektor teknologi semula untuk papan utama dan sektor trading (oil n gas) berada di tempat kedua. Jadi tips nya di sini, sebagai trader pantas anda jangan terjebak pada kaunter yang belum lagi ramai pemainnya seperti plantation, con

THEORETICAL OPENING PRICE

Image
THEORETICAL OPENING PRICE/ Harga Buka Teoritikial - Konsep sama dengan harga tutup terotitikal - TOP & TCP =================================== Kepada traders baru, kalau anda perasan pada waktu pagi pukul 8.30 sampai pukul 9 sebelum market buka, harga saham sesuatu stok akan berubah-rubah sehingga harga buka pukul 9 pagi. Perkara ini membolehkan para traders melihat sentimen dan prestasi stok atau indeks untuk hari tersebut dan keesokkan hari untuk harga tutup. Pada waktu pet ang pukul 4.45 - 4.50 petang untuk harga tutup. Gambar di bawah saya ambil dari website Bursa untuk pemahaman anda kenapa harga buka sebegini berlaku. Secara amnya, harga akan di satukan dari harga jual terendah kepada harga beli tertinggi sehingga harga beli lebih rendah dari harga jual. Jadi harga paling akhir di satukan akan jadi harga buka pada hari tersebut. Volume lebihan pada sesuatu harga belian atau jualan membawa kepada kekuatan ketahahan harga untuk harga buka/tutup. Ok? Mudah sahaja kan.

Apakah antara 'RULES' apabila trading dalam bull market?

Image
Apakah antara 'RULES' apabila trading dalam bull market? ================================== Salam Jumaat, pasaran menaik sedikit pagi ni walaupun volume agak perlahan. Hari ni saya nak bercerita satu perkara perangai atau behaviour stok di dalam pasaran lombu. Traders perlu memahami bahawa stok dalam bull market bertindak tidak rasional. Stok dari 10 sen ke 20 sen? Biasa... PUC, HUAAN, DGB, Keyasic, Cuscapi... Stok dari 50 sen ke 100 sen? Pun ada... tu Hibiscs... Caely... Dari 1.50 ker 2.50... Drb Banyakk... sama ada anda dalam kapal yang betul atau sebaliknya... Kalau nak listkan panjang jadinya... Ya, tidak rasional kawan... jadi tiada yang terlalu tinggi dalam pasaran BULL begitu juga sebaliknya... Klien saya dalam grup wasap akan menonton Show kenaikkan stok ini sambil potong bawang dalam grup. Ada yang masuk lari sesen dua, yang berani hold lama sikit dapat 10 sen dua... macam-macam... Apapun mereka tahu di mana pintu kecemasan. Terbaru aksi Caely dan E

APA ITU 'BULL MARKET'

Image
Salam dan selamat pagi! APA ITU 'BULL MARKET' ==================== Pasaran Bull berlaku apabila pasaran dijangka terus meningkat lebih tinggi dalam sesuatu jangka masa. Pasaran bull digambarkan terutamanya apabila kita berbicara mengenai saham, boleh dikaitkan dengan pelbagai instrumen lain seperti bon, komoditi, futures atau pasaran forex. Kesemua pasaran ini berkait secara langsung atau menentang. (Intermarket Analysis). Pasaran Bull berlaku apabila permintaan stok tersebut terlajak laris (pinjam tagline 'abang nak tegur'). Permintaan semacam ini mendorong harga lebih tinggi. Mengapa ia Dipanggil Pasaran Bull? Istilah "BULL" digunakan untuk menggambarkan pasaran kerana apabila sekor Lembu Sado bertanduk membuat serangan dengan menyerang menolak tanduk mereka ke atas dan ke atas. Ianya menyerupai pergerakan pasaran yang semakin meningkat. Juga, apabila sekumpulan lembu-lembu ini berjalan together-gether, mereka berbuat demikian tanpa melihat ke b

KEPENTINGAN WATCHLIST DAN ALERT DI KALA MARKET BULLISH

Image
KEPENTINGAN WATCHLIST DAN ALERT DI KALA MARKET BULLISH ============================== Di waktu market sedang sedap berparti liar menolak harga ke atas, para traders saya di dalam grup busy membuat homework apa stok yang boleh membuat keuntungan jangka pendek. Ini kerana mereka faham bahawa setiap kenaikkan yang sihat akan ada corrective wave. Jadi entry terhadap kaunter bermomentum mesti lah tepat dan cepat serta keuntungan yang ada mesti di ambil. Terlebih dahulu mereka mes ti faham trading bisnes dan pelaburan jangka panjang. Keduanya teknik membeli dan menjual ada perbezaan yang ketara. Risiko dan pulangannya pun berbeza. Screenshot watchlist dan perbualan di bawah adalah watchlist mereka pada malam semalam dan hari ni. Ini menunujukkan traders saya semakin independent. Rekod terbaik trader saya selepas menghadiri kelas di pegang oleh Kak Sidah yang membuat dagangan jangka pendek 32 kali untung dan 2 rugi. Seperti biasa saya akan memberi bantuan tips saham short

BINACOM

Image
BINACOM debut penuh kecemerlangan hari ni. Saya boleh katakan ianya pada right time dan right price dia listing. Yang untung sonyum lebar. IPO price: 0.46 Open price: 0.60 High price: 0.65 Premium on opening: 0.14 = 30.4% Premium on high price: 0.19 = 41.3% Ini antara instrument pelaburan di Bursa yang risiko rendah. Beli pada primary market dan jual pada secondary market. Yang masuk guna teknik short term pun menjadi pagi ni. Kelas Strategi Saham seterusnya pada Khamis, 11/1/18. Di dalam kelas saya, saya akan perhalusi teknik jana untung tempoh pendek. Wasap 0149927074 untuk mendaftar. Jeffry Azizi Jaafar Remisier Maybank Bangsar # RemisierPalingFriendly # BursaMalaysia LIKE & SHARE  Post original FB saya 8/1/2018

7 SEBAB KENAPA SAYA GALAKKAN TRADERS SAYA BUAT SHORT TERM TRADING

Image
7 SEBAB KENAPA SAYA GALAKKAN TRADERS SAYA BUAT SHORT TERM TRADING ============================= -Sedikit nasihat untuk anda fikirkan (Panjang mungkin berbaloi untuk di baca) Posting ini di up masa tea break kelas 2/2018. Ada beberapa sebab utama perkara sebegini saya tekankan dalam kelas strategi saham saya. 1. Di kala market bullish seperti minggu ini anda pastinya tidak akan tertinggal di pucuk jika pasaran berlaku pembetulan walaupun ianya satu pembetulan yang sihat. Traders saya tahu bahawa market normal bergerak dalam keadaan zig zag di dalam trend menaik di mana peluang akan sentiasa ada. 2. Pasaran adalah tempat anda mengambil uang, bukannya tempat simpan uang. Jika nak simpan boleh simpan di tanah, property ataupun scarce resources yang lain. Walaupun ideologi Buffet yang mengatakan begini "Belilah saham yang anda gembira memegangnya jika pasaran saham tutup selama 10 tahun" masalah dengan pasaran kita ni tuan puan, ianya unik sikit. Anda tahu tak berapa ro

STRATEGI TRADING - MARKET BREADTH

Image
STRATEGI TRADING - MARKET BREADTH ================================== Dalam pasaran saham, teknik Market Breadth adalah sebahagian daripada analisis teknikal yang menentukan arah keseluruhan pasaran. Ya Overall Market Direction kata jiran saya Puan Lucy yang berasal dari Dover. Teknik ini menganalisis bilangan stok yang naik berbanding dengan yang jatuh. Market Breadth yang positif akan menunjukkan lebih banyak stok yang naik dari segi paras harga berbanding dengan stok yang jatuh. Ini menunjukkan momentum Bull Market. Apabila banyak stok yang jatuh dari segi harga berbanding stok yang naik, ini akan mengesahkan momentum Bearish Market. Jika keadaannya sama banyak dan stok yang tidak berubah pun banyak anda tahu bahawa pada waktu itu atau hari tu market agak sepi, volume pun rendah dan banyak traders pergi tengok wayang. Ini keadaan market sideways di mana tiada catalyst baru yang menggerakkan buyer atau seller. Time frame yang sesuai adalah bila mana market buka pukul 9 pag

DAY 3 BURSA MARKET

Image
DAY 3 BURSA MARKET ================== KELAS STRATEGI JANA UNTUNG SAHAM JANGKA PENDEK BATCH 1/2018 Hari ini saya nampak tenang sahaja mengajar 10 orang anak didik saya untuk mendalami teknik pembacaan harga, volume, sentimen, trend dan lain-lain untuk menjana keuntungan di pasaran saham di Trading Room saya tingkat 27 seperti biasa lagi tinggi dari ofis CEO Maybank Investment. Tapi nun jauh di lubuk hati saya meronta-ronta untuk melayan kesedapan pasaran yang nampaknya sedang berparti agak liar untuk kaunter di bawah FBMSMALLCAP dan FBMACE. Kaunter heavyweight juga berjaya menolak indeks melebihi 1800 mata, satu pencapaian yang indah di awal tahun. Kepada traders saya yang melayan kaunter kecil-kecilan mohon ambil sedikit alert bahawa party almost to get rest sebentar untuk kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya kerana indeks penunjuk arah fbmsmallcaps dan ace seperti yang di roger oleh Cik Naura kita dah berjumpa halangan di hadapan. Kalau lepas cantik, kalau tak lepas

MARKET DEPTH DALAM STOK

Image
MARKET DEPTH DALAM STOK ========================== Ada beberapa istilah lain digunakan dalam pasaran kewangan dan dalam pasaran saham biasanya kita akan panggil market depth. Dalam stok market, kedalaman pasaran yang merujuk kepada kuantiti yang akan dijual vs harga unit adalah saiz order yang mencetuskan perubahan harga pasaran dengan jumlah tertentu. Sekiranya pasaran dengan kedalaman yang tinggi saiz lot yang besar diperlukan untuk menukar harga. Kedalaman pasaran berkaitan dengan kecairan stok tertentu dan keupayaannya untuk mengekalkan kestabilan paras harga meskipun volume dagangan yang besar. Stok dengan kedalaman yang rendah akan menunjukkan perubahan mendadak dalam tahap harga sekiranya beli atau jual dalam jumlah yang besar. Sebaliknya, stok tertentu dengan kedalaman yang baik akan mengekalkan kestabilan harga meskipun volume dagangan yang tinggi. Pada masa yang sama market depth yang rapat dan mempunyai banyak volume akan menawarkan kecairan yang lebih tinggi.

SELAMAT TAHUN BARU 2018!

Image
Di ambang malam Dua Kosong Satu Lapan saya meluangkan masa bersama rakan di kampung tercinta di Parit Buntar. Al maklumlah sementara masih bujang ini saya mempunyai lesen agung untuk keluar pada tahun ini dan balik pada tahun depan. Namun mempunyai lesen ini saban tahun juga sudah membosankan saya. Hehe. Kami berborak dan bercerita hal pembangunan sekitar, peluang ekonomi, politik dan lain-lain di Kopitiam Classic Parit Buntar.  Mereka juga usahawan dan pelabur saham. Jadi di kesempatan saya pulang ke kampung mereka mengambil peluang untuk membuka akaun saham bersama saya untuk menyertai grup wasap Makcik dan Pakcik Bawang saya yang nampaknya semakin laju mengesan stok jangka pendek berpotensi untuk naik. Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Semoga anda semua lebih berjaya, sihat dan berbahagia. Maafkan salah silap saya. Cuba komen bergambar sikit pada waktu ni anda sedang buat apa?  😘 😘 😘 # RemisierPalingFriendly 0149927074 Jeffry Azizi Jaafar Remisier

Happy holiday & Happy New Year 2018

Image
Salam sabtu. Happy holiday & happy new year. For 2018... - 30/12/17

Mengoptimumkan Info di Trading Platform Maybank anda.

Image
Mengoptimumkan Info di Trading Platform Maybank anda. Bagaimana untuk mendapatkan financial info seperti Net Profit, P/E, Dividend dan lain-lain di trading platform anda. 1. Right klik di bahagian kolum warna kelabu di bahagian atas. 2. Tekan Insert New Column 3. Akan keluar option: -Basic Info -Best Buy Q info -Best Sell Q info -Price Info -Transaction Info -Financial Info -Loans/Warrant Info -Odd Lots Info -Others Anda boleh pilih sendiri apa kolum yang anda mahukan di trading platform anda. Seperti gambar di No 3 saya letak -share issued, net profit, EPS, PE, Div (sen), Y-High (52 weeks high), Market cap. Dengan adanya info sebegini anda boleh jeling-jeling sahaja di kolum tersebut jika mahu financial info. Sebagai contoh anda mahu tahu adakah kaunter yang anda ingin beli mencatatkan keuntungan jadi anda boleh tengok di Net Profit dan seterusnya. Sekian dulu edukasi saham untuk tahun ini. LIKE & SHARE tanda anda mahu lagi info percuma bersama say