Posts

Showing posts with the label Pasaran antarabangsa

Pasaran Antarabangsa

Image
Pasaran Antarabangsa; Selain Bursa Malaysia, saya juga ada cover pasaran global seperti NYSE, SGX, HK, Crypto. Kelas semalam berkenaan pasaran crypto. Terima kasih kepada yang hadir kelas Crypto/Bitcoin saya semalam; Dr. Mat Jay, Abg Azhar, Cik Izi , Karl, Ustat Ran... Semalam waktu kelas harga BTC/USD berlegar usd3600++ from lowest usd3000 +-, its good to be back above usd4000 today! Kepada peserta u know what i mean  😎 . Dengan konfiden semalam abg azhar, its a buy setup!  😜 Seperti selalu saya tekankan, anda mesti ada trading plan dalam apa jua instrumen yang anda dagang. "When opportunities come, you act!, expert always missed it because they are busy talking here and talking there. Know your entry and know your exit" - anonymous # RemisierPalingFriendly # RemisierGlobal # Cryptocurrency 0149927074 Jeffry Post original di FB saya 18/9/2017

Pasaran Antarabangsa

Image
Pasaran Antarabangsa: Carta S&P 500 U.S ------------------------------------ Pendapat saya: Pernah dengar terma market diskaun kesemuanya? Korea Utara ( # done ). Serangan pengganas (#done). Ribut taufan (#done). Pelabur bearish (#done). Over valuation (#done). Trump (king of market!  # donedeal ). # screw  everything. Buy! Sebenarnya jika anda mempunyai trading plan, anda boleh trade dalam apa jua keadaan. Peluang sentiasa ada. Bila market goyang pelabur bearish sibuk post chart kat dinding ingatkan kepada pelabur lain supaya berhati-hati sehingga terlepas masuk position. To be fair jika market up post sekali ingatkan kepada lain peluang tu ada kan... Pesanan saya dalam apa jua market atau stok anda kena tahu apa yang ada buat. Di mana pintu masuk, di mana pintu kecemasan dan di mana pintu penuh duit! Short term to mid term KLCI buy. KLCI 1750, 1700 pintu sokongan. # RemisierPalingFriendly # RemisierGlobal ------------------------------------------- Perkhidma

Pasaran Antarabangsa: BITCOIN

Image
Pasaran Antarabangsa: BITCOIN -------------------------------------------------- Bulan ini pengguna mata wang digital di kejutkan dengan China membeku perdagangan mata wang ini di sana. Ini bertujuan untuk mengawal ICO baru yang tumbuh bak cendawan. Harga Bitcoin menurun sedikit tetapi masih di atas USD 4000. Adakah ianya peluang? Atau sebaliknya... Anda bingung mengenai bitcoin? 5 perkara yang perlu anda ketahui mengenainya ----------------------------------------------------- Apabila bitcoin dilahirkan pada tahun 2009 selepas krisis kewangan, matlamat pelabur awal adalah mudah - mengambil bahagian dalam pasaran mata wang yang tidak melibatkan bank pusat. Tetapi pada tahun seterusnya, ledakan dalam "cryptocurrencies" lain seperti ethereum dan litecoin telah menarik para peniaga hari dan pelabur momentum meleleh air liur kerana kenaikkan harga yang laju seperti Speedy Jantan membuatkan mereka melibatkan diri dengan pasaran mata wang digital ini dan bagi mereka kenaikka

Sentimen Pasaran Antarabangsa

Image
Sentimen Pasaran Antarabangsa --------------------------------------------------- IRMA namanya sedap, tetapi penangannya mungkin membuat anda tidur tidak lena. IRMA adalah taufan yang di jangka akan melanda Florida pada esok atau lusa. Kesan dalam ekonomi? Kesannya adalah pada GDP suku ke 3 Amerika Syarikat tidak lama lagi. Sebelum ini abangnya HARVEY melanggar Texas dari Atlantic Ocean membuat sekurangnya 71 kehilangan jiwa. Kesan kerugian ekonomi dari Usd 70 billion hingga Usd 200 billion. Jika IRMA membawa kerugian ekonomi seperti HARVEY pastinya GDP suku ke 3 Amerika Syarikat terkesan. Melalui 2 bencana alam dalam satu tahun adalah sukar. Kesan selepas berlaku bencana di jangka membawa sehingga 10 tahun. Kasihan juga kepada pemilik rumah yang tidak di lindungi insurans. Kesannya kepada pasaran saham Malaysia? Seperti selalu jika bencana alam dunia berlaku, stok-stok yang berkaitan kayu kayan dunia akan mendapat tempias. Harga kayu akan naik atas permintaan untuk

Sentimen Pasaran Antarabangsa

Image
HARGA MINYAK NAIK? JANGAN SALAHKAN AMIRUL MUKMININ AL FADHIL DATO SERI NAJIB RAJAK - Kali ni kita tuding jari pada abang long 777- KIM JONG UN ------------------------------------------------- Sentimen Pasaran Antarabangsa --------------------------------------------------- Bagaimana ujian nuklear Korea Utara memberi kesan kepada intrumen kewangan. Pasaran kewangan bermula minggu ini dengan mood berhati-hati pada hari Isnin dan selasa di rantau Asia dan Eropah selepas Korea Utara mendakwa ia telah berjaya menguji bom nuklear dan dikatakan bersedia untuk melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh. Kebimbangan mengenai ketegangan baru antara Pyongyang dan A.S. telah memaksa pelabur keluar dari saham dan menukar kepada aset yang dianggap selamat, seperti emas dan yen Jepun. Pasaran kewangan kembali beralih kepada mood risk off pada hari Isnin selepas ujian nuklear terbaru dari Korea Utara pada Ahad mencetuskan suasana yang stress kepada pelabur. Selepas ujian ini berlak

Pasaran luar/antarabangsa

Image
Seperti biasa malam saya akan kupas sedikit tentang pasaran luar/antarabangsa. Saya banyak menulis tentang Bitcoin semenjak dua menjak ini kerana instrument ini dalam trend menaik. Bila ianya dalam trend menaik perkara yang saya risaukan adalah skim atau program money game yang mengambil kesempatan ke atas pelabur yang kurang ilmu nya terjebak dengan pengelola yang bingai macam wombat. Mereka ini baghal suka ambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain. Ambil duit orang dan  janji pulangan tiap bulan dan lepas itu hilang seperti debu yang di tiup angin. Yang terjebak akan pasrah dan akan gunakan teknik doa untuk mendapat kembali modal yang di laburkan. Mengapa tidak mencari ilmunya dahulu? Mengapa tidak berfikir dahulu sebelum melabur? Jom baca tentang kenaikkan Bitcoin ini sepanjang ianya di apungkan di pasaran ini. 8 HARI ---------- Itulah berapa lama masa untuk Bitcoin (BTCUSD) pada April 2013, meningkat dari $100 untuk satu bitcoin kepada $200. Fast forward empat tahun

ESTONIA

Image
Sementara layan bola Malaysia malam ni jom baca sambungan 5 negara Bitcoin friendly di dunia... ESTONIA ------------- Negara Estonia bukan sahaja mempunyai sejarah ke atas inovasi teknologi terkini, tetapi kerajaan mesra teknologinya nampaknya bersedia melaksanakan inovasi seperti teknologi blockchain untuk penjagaan kesihatan, perkhidmatan perbankan dan juga tadbir urus dengan membenarkan warganya menjadi "E-Residents." Perkhidmatan ini juga memberi warga Estonia dan perniagaan mereka satu pengiktirafan pengesahan digital. Ia juga merupakan salah satu negara yang pertama menggunakan perkhidmatan e-pengundian berasaskan blockchain yang membolehkan orang ramai menjadi pemegang saham Bursa Saham Tallinn di Nasdaq. Dikenali sebagai tempat kelahiran Skype, ATM Bitcoin bercambah dan startup seperti Paxful, sebuah khidmat membeli dan menjual platform global untuk bitcoin. Dengan salah satu kadar penembusan internet tertinggi di dunia, Estonia berada di kedudukan yang baik

Produk di tawarkan di Bursa Malaysia

Image
Assalamualaikum dan hello Malaysia! Tahukah anda dengan mem"follow" FB saya ini anda akan mendapat edukasi pasaran saham di Bursa Malaysia secara percuma sekurang-kurangnya satu posting setiap hari. Jadi harap anda terus follow dan klik butang 'See First' untuk maklumat percuma ini ya.  😁 Hari ini edukasi kita di teruskan dengan produk dan 'offerings' dari Bursa Malaysia. Terdapat beberapa jenis produk di tawarkan di Bursa Malaysia. Antaranya ialah dari Ekuiti, Derivatif, offshore listings, bonds dan tawaran produk Islamic. Jadi saya boleh pecahkan kepada 4 bahagian di sini. 1. Pasaran Sekuriti Terbahagi kepada 2 pasaran iaitu : 1. MAIN MARKETS 2. ACE MARKETS Produk: $1. Ekuiti (Saham) - yang biasa kita jual beli. $2. Real Estate Investment Trusts (REITs) $3. ETFs (Exchange Traded Fund) $4. Warrants $5. Loans $6. Bonds 2. Produk Derivatif Terdapat beberapa produk derivatif yang di tawarkan, antaranya; €1. Pasaran hadapan kom

HARI JACK MA

Image
HARI NI ADALAH HARI JACK MA Ya tuan/puan. Jack Ma. Mungkin anda tahu beliau adalah billionaire yang memiliki syarikat e-commerce terbesar di dunia iaitu  alibaba.com  yang disenaraikan di papan Nasdaq di US. Jika alibaba ini diapungkan di Malaysia, nilainya boleh menelan separuh daripada market cap Bursa Malaysia. Sentimen Jack Ma ini telah menyebabkan kegilaan di dalam pasaran apabila technology stocks seperti EFFICEN, CUSCAPI dan DATAPRP naik melebihi 50% ke 100% dalam masa b eberapa jam sahaja... Sentimen analysis memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan harga saham. Ia adalah perkara pertama yang saya kongsi di dalam sessi  # PersonalizedCoachingSaham  yang saya anjurkan. Jadi tuan/puan, sentimen apakah yang dimainkan di Bursa Malaysia selepas ini? Adakah sentimen property & construction akan bersambung kembali? Atau adakah sentimen kemeruduman harga minyak akan menjatuhkan kembali saham oil & gas? Di sini tips saya adalah anda perlu sentiasa pek

Analisa Pasaran Saham & Ekonomi

Image
Assalamualaikum kepada para pelabur Bursa Malaysia & rakan Fb. Hari ni saya dijemput oleh pihak BERNAMA dalam rancangan Biz Talk, sebuah program bual bicara tentang pasaran saham & ekonomi berbahasa Inggeris. Antara perkara yang dibincangkan di dalam program tersebut adalah : - Bursa Malaysia melonjak ke tahap tertinggi untuk tahun ni apabila berjaya tutup pada 1745 mata, yang tertinggi untuk tahun ini - Ia didorong oleh minat belian yang tinggi oleh pelabur asing - Kenaikan interest rates oleh US Fed Reserve sebanyak 25 basis point membuktikan bahawa para pelabur mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ekonomi dunia - CIMB, Maybank, Axiata serta beberapa kaunter saham heavyweight yang lain mencatat jumlah transaksi yang tinggi pada hari ini - Vol sebanyak 4.98bil yang bernilai RM5bil+ menunjukkan bahawa wang begitu banyak terdapat di dalam pasaran. Ia digelar hot money coming into the market - Saham-saham bersaiz kecil & sederhana mendapat tempias daripada kepanasan

Pendapat pasaran

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi. Mulakan pagi dengan sarapan yang mantap dan pembacaan yang berguna. Eastspring kata pasar berada dalam keadaan yang attractive sebab dah 2 tahun ia merudum jatuh. Jadi harga saham menjadi lebih murah dan ini adalah peluang membeli saham-saham berkualiti dengan harga murah. Umpama dapat beli beg tangan berjenama yang baru pada harga diskaun. Dan lepas pakai 3 tahun beg tangan tersebut boleh dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Satu bentuk pelaburan yang berbaloi tu. Sumber : The Edge #jaj Post original di FB saya 26/1/2017

ANGKA KERAMAT 20,000 MATA - Pasaran Antarabangsa & Personal coaching saham 6

Image
ANGKA KERAMAT 20,000 MATA --------------------------------- Dow Jones (pasar saham US) yang merupakan rujukan dan benchmark seluruh dunia mencapai angka keramat 20,000 mata. Satu pencapaian yang mengkagumkan untuk pemerintahan Presiden baru US iaitu Donald Trump. Katalah apa saja kepada Trump, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada ekonomi US. Keyakinan pelabur-pelabur terhadap Trump makin meningkat yang bermottokan "To Make America Great Again". Sebagai seorang ahli perniagaan, Trump tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan Amerika satu kuasa besar ekonomi semula.  # Trumponomics  dijangka mampu merealisasikan impian mereka. Pasar saham tempatan iaitu Bursa Malaysia juga kembali meriah dan menarik. Ia adalah petanda minat pelabur-pelabur terhadap pasar kembali meningkat. Adakah ia petanda mungkin ada sesuatu perubahan di dalam negara kita pada bulan April tahun ini? Sama-samalah kita nantikan. . Saya menyeru anak-anak muda supaya kita bersama-sama terlibat d