BAHVEST 0098 (ACE)

BAHVEST 0098 (ACE) ================== Apa ke hal kompeni meniaga ternak ikan berpengkalan di Sandakan Sabah ini harga sahamnya telah berganda dari sekitar 0.60 sehingga 1.20 hari ni? Gerakkan harga bermula dari awal Januari 2018 dan masih bergerak aktif sehingga hari ini. Tambahan pula sedikit unit stok ini di kategorikan dalam sektor teknologi. Agak pelik sedikit. Selepas melihat kepada prestasi dan potensi syarikat, kaunter sebegini lebih sesuai saya kategorikan dalam trading stok. Dengan rekod kewangan yang mengecewakan dan hanya sekali memberi dividen pada 2007 dan free warrants pada 2017 saya boleh katakan harga pada sekitar 1.20 ni harga sudah matang dan siap di goreng. Harga top sebelum ini pada sekitar 1.40 tahun 2013, 1.25 sekitar 2015, 1.20 sekitar 2016. Jadinya jika anda masih berminat terhadap kaunter ini ketahuilah anda mungkin berada pada leg-leg terakhir sebelum pembetulan harga berlaku. Kepada short term trader yang aktif mereka amat menyukai kaunter sebegin...